Kuantan Siasatan awal mendapati lelaki terbabit yang juga pemandu teksi menjadikan pekerjaannya itu untuk menjual dadah di tiga daerah terbabit manakala wanita terbabit tidak bekerja.
Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya merampas dadah jenis heroin dan syabu serta menyita sebuah kereta Proton Saga dengan nilai rampasan berjumlah RM46,645.
"Lelaki terbabit ditahan bersama 4,549.54 g disyaki jenis heroin manakala wanita pula ditahan bersama 5.09g dadah disyaki jenis syabu hasil operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Raub. "Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 5 Jun hingga 11 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di Kuantan, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu bergiat aktif dalam pengedaran dadah jenis heroin di sekitar Cameron Highlands, Raub dan Lipis dalam tempoh enam bulan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Kami belum layak jadi ikon' - Sugu PavitraPASANGAN pengguna YouTube sensasi ‘Sugu Pavithra’ menghargai pujian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap mereka, sehingga ada yang melabelkan mereka sebagai duta perpaduan.
Read more »
Pantai peranginan kembali jadi tumpuanBAGAIKAN burung terlepas daripada sangkar, orang ramai mula membanjiri pantai peranginan popular Pengkalan Balak dan Padang Kemunting, Masjid Tanah, Alor Gajah, sempena cuti umum, hari ini.
Read more »
Nanas berbentuk merak jadi tumpuantemerloh NANAS ganjil berbentuk seperti burung merak menyebabkan pemilik tanaman itu bercadang untuk mengawetnya sebagai kenangan dan rakaman generasi akan datang.
Read more »
Kawal diri...Jangan sampai jadi jenazah!kualalumpur 'Bermula esok kenderaan akan membanjiri jalan-jalan utama dan ini yang kita bimbangkan akan meningkatkan kadar kemalangan serta kemalangan maut.' -Mohammad Hisham Shafie Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan.
Read more »
Terkesan akibat Covid-19 dan PKP, pengusaha gym jadi buruh kasarLaporan & foto oleh MASRY CHE ANI BUTTERWORTH: Jika baru-baru ini heboh kisah seorang fitness trainer yang memutuskan untuk bekerja di Pasar Borong Ku...
Read more »
Musa jadi mangsa penganiayaan politik selepas badan HK tak ambil tindakan, kata peguamAmer Hamzah Arshad berkata berkata, pendakwaan terhadap Musa Aman pada November 2018 berhubung kontrak konsesi balak di Sabah tidak berasas. FMTNews ICAC MusaAman
Read more »