Tindakan petugas agensi terbabit yang disifatkan ramai sebagai tanpa budi bicara itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mempersoalkan kompaun dikeluarkan.
IPOH: Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan kes tular pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang didakwa dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya awal pagi tadi.“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Insya-Allah,” katanya. Terdahulu, satu ciapan di Twitter yang dipercayai dimuat naik seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila mendedahkan terdapat pelajar di kolej berkenaan dikenakan kompaun RM1,500 oleh petugas kementerian berkenaan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan kolej.
Difahamkan, kesemua pelajar kolej itu telah lima bulan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka bagi mengekang penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Syok tengok aksi lumba haram dikompaun RM1,500 - Utusan DigitalSehubungan itu, katanya, polis turut mempertingkatkan rondaan dan kawalan di beberapa lokasi lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dikenal pasti menjadi lokasi lumba haram kereta serta motosikal pada bulan Ramadan.-
Read more »
Instafamous dikompaun RM1,500 tidak pakai pelitup muka - Utusan DigitalDalam video itu, instafamous turut turut mempersendakan alasan-alasan untuk tujuan rentas negeri.
Read more »
Sejumlah 37 dikompaun gagal patuh SOP PKPP - Nor OmarSeramai 37 orang termasuk pemilik premis makanan dikompaun berjumlah RM56,000 selepas didapati gagal mematuhi SOP PKPP dalam satu pemeriksaan di Sitiawan dekat sini malam tadi.
Read more »