'Jika diperlukan khidmat saya atau ditawarkan (kerusi Parlimen) saya akan terima tawaran tersebut.'
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail bersedia bertanding di peringkat Parlimen jika diberi kepercayaan oleh Majlis Pimpinan PKR.
“Buat masa ini saya kekal di DUN Batu Tiga. Saya mengambil pendekatan soal calon diputuskan oleh parti. Rodziah yang juga sekretariat pemilihan calon PKR berkata, teka-teki siapa calon parlimen bagi parti tersebut akan terjawab pada 28 Oktober ini apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai yang bertanding dalam satu majlis di Taman Kosas Ampang.
“Saya rasa, biarkan pada pihak parti kerana mungkin pengalaman saya selama tiga penggal di peringkat DUN boleh membantu pentadbiran di peringkat Putrajaya,”katanya.