Kerajaan sedang meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani masalah jerebu yang semakin teruk. fFMTNews
MUKAH: Kerajaan sedang meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata kerajaan juga tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan keadaan darurat sekiranya Indeks Pencemaran Udara melebihi tahap 500, iaitu keadaan yang sangat bahaya.
Selain itu menurutnya pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk. “Berdasarkan maklumat Laporan Terkini Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia sehingga 14 Sept 2019, seluas 328,724 hektar kawasan telah terjejas dengan kebakaran hutan di seluruh Indonesia,” katanya selepas merasmikan Program Sayangi Komoditiku Zon Sarawak di Universiti Teknologi Mara Mukah hari ini. Menurut Wan Azizah, kerajaan Indonesia telah meningkatkan pemantauan terhadap titik panas, jarak ketampakan, kualiti udara dan kewujudan asap di samping melakukan Operasi Pembenihan Awan , pengeboman udara dan juga pemadaman api di darat. Enam wilayah yang terjejas ialah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan. Daerah Sri Aman di Sarawak merekodkan IPU yang semakin meningkat dengan bacaan di tahap berbahaya menghampiri 400 setakat 6 petang tadi, dan berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia bacaan terkini kawasan itu adalah 389, melepasi 300 sejak 2 petang. Kuching masih berada pada tahap IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 213 diikuti Johan Setia, Selangor iaitu 231. Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan 206 manakala Seri Manjung, Perak menjadi lokasi terbaru sejak tengah hari tadi mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat iaitu 232 berbanding 183 pada 9 pagi tadi. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 , 101 hingga 200 , 201 hingga 300 manakala 300 ke atas berbahaya. Sementara itu, timbalan perdana menteri berkata Malaysia sudah menawarkan khidmat bagi membantu Indonesia memadamkan kebakaran hutan di negara itu.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jerebu: IPU lebih 200, semua sekolah di Putrajaya ditutup esokPenutupan sekolah di Putraya melibatkan 25 sekolah, iaitu 15 sekolah kebangsaan dan 10 sekolah menengah. FMTNews
Read more »
Jerebu: Sri Aman kekal bahaya, 10 catat peningkatan IPUKUALA LUMPUR 17 Sept. - Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di Sri Aman, Sarawak tidak mencatatkan penurunan malah terus berada dalam kategori bahaya dengan catatan 367 dan tidak berubah sejak pukul 10 pagi tadi.
Read more »
IPU Sri Aman terus bahaya, kini cecah 392 | The Malaysian InsightJumlah kawasan dalam kategori “tidak sihat” di seluruh negara kini adalah 30, meningkat berbanding 27 kawasan pada jam 10 pagi tadi.
Read more »
IPU Sri Aman hampiri 400, tahap berbahayaKUALA LUMPUR 17 Sept. - Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sri Aman, Sarawak semakin meningkat dengan bacaan di tahap berbahaya menghampiri 400 setakat pukul 6.00 petang tadi, iaitu meningkat kepada 389, berbanding 300 yang dicatatkan pada pukul 2.00 petang tadi.
Read more »




