Pengisytiharan tidak perlu perintah berkurung UtusanOnline UtusanMalaysia BeritaUtusan
KUALA LUMPUR 14 Mac – Seperti mana negara pernah mengisytiharkan darurat bencana jerebu di kawasan Ledang dan Muar pada 2013, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta supaya darurat bencana toksik juga diisytiharkan di kawasan Pasir Gudang segera.
Itu merupakan satu daripada tiga cadangan dikemukakan Ahmad ketika memberikan soalan tambahan kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dalam sesi pertanyaan menteri Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. “Pada 24 Jun 2013, Perdana Menteri ketika itu, Yang Berhormat Pekan telah mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi daerah Ledang dan Muar kerana Indeks Pencemaran Udara ketika itu melebihi 500.
“Oleh kerana itu kita cadangkan agar diisytiharkan darurat bencana toksik untuk daerah Pasir Gudang kerana pembersihan sungai hanya boleh selesai lebih daripada tujuh hari. Pengisytiharan darurat ini tidak perlukan perintah berkurung dan ia boleh diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi,” katanya.
Dua lagi cadangan yang dibawakan Ahmad adalah supaya kerajaan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menambah hukuman dan meningkatkan penyelarasan serta semua mangsa terlibat diberikan pampasan yang sewajarnya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS belum pasti kerajaan campuran, kata Idris AhmadNaib presiden PAS berkata, soal kerajaan campuran perlu dibincangkan dengan lebih lanjut kerana melibatkan kuasa pentadbiran kerajaan negeri.
Read more »
Usul kerajaan Umno-PAS perlu bawa ke Muktamar, kata Ahmad Yakob | The Malaysian InsightPAS dijadual mengadakan muktamar tahunannya pada 21 hingga 23 Jun ini di Pahang.
Read more »
Nasib Ahmad Nuraddin dapat perhatianKEPERITAN hidup bekas pemandu e-hailing yang hilang punca pendapatan selepas buah pinggangnya bengkak dan bernanah kerana menghidap batu karang sejak Ogos lalu mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Read more »
Ahmad Idham is new CEO of Finas | Malay MailPETALING JAYA, March 14 ― Film and television producer, director and actor Ahmad Idham Ahmad Nadzri has been announced by the Communications and Multimedia Ministry as the new chief executive officer of the National Film Development Corporation (Finas). In a media statement, Minister Gobind Singh...
Read more »
Finas' new CEO is Ahmad IdhamPETALING JAYA: Ahmad Idham Ahmad Nadzri has been appointed the new chief executive officer of the National Film Development Corporation (Finas), effective March 11.
Read more »
Boleh saya menjala ikan - Wan Ahmad NajmuddinKUALA LUMPUR 13 Mac &8211; Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd., hari ini bersara wajib selepas 40 tahun bertugas sebagai anggota polis.
Read more »
Sikap Mahfuz untuk hiburan bolehlah - Ahmad BadurolKUALA LUMPUR 13 Mac - Kenyataan Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan Pas seperti menanggung biawak hidup selepas bekerjasama dengan UMNO hanya memperlihatkan perasaan tidak senang Ahli Parlimen Pokok Sena itu terhadap kerjasama kedua-dua parti tersebut untuk memperkasa agenda penyatuan ummah.
Read more »
Ahmad Idham dilantik terajui Finas | The Malaysian InsightLantikan diumumkan menteri itu adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa Isnin lalu.
Read more »
Warganet tegur Dr. Ahmad Murad guna perkataan bodoh, bahlul marah wartawanKUALA LUMPUR 9 Feb. - Warganet menegur Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican kerana menggunakan perkataan kasar seperti bodoh, bahlul dan bebal untuk menegur kesilapan yang dilakukan seorang wartawan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu.
Read more »