Tindakan sewajarnya akan diambil. UtusanOnline UtusanMalaysia MindaRakyat
Dalam masa sama Maszlee berkata, Educity Pagoh sememangnya dibina untuk menempatkan universiti dari luar negara serta tempatan.
“Kami mengambil maklum mengenai keprihatinan Istana dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelmarin dilaporkan menolak cadangan pembinaan Universiti Muhammadiyah di Pagoh pada masa depan. Menurut beliau, fahaman itu bercanggah dengan fatwa negeri Johor dan dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.
Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan kenyataan Maszlee yang menyokong pembinaan kampus Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka di negara ini. - UTUSAN ONLINE