Washington Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengehadkan akses 11 entiti China terhadap teknologi AS kerana terbabit dengan pelanggaran hak asasi manusia ke atas kaum minoriti Uighur.
Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata tindakan itu 'mengakibatkan akses syarikat berkenaan terhadap barangan AS termasuk komoditi dan teknologi akan menjadi terhad'.
Syarikat berkenaan dituduh terbabit dalam 'pelanggaran dan pencabulan hak asasi manusia, membuat tangkapan dengan sewenang-wenangnya, mengumpulkan data biometrik secara tidak sah, dan analisis genetik yang menyasarkan kumpulan minoriti Islam dari Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur '. Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross berkata, langkah itu diambil untuk memastikan barang Amerika tidak digunakan oleh rejim Beijing yang 'menindas'.
"Tindakan ini akan memastikan barang dan teknologi kita tidak digunakan dalam serangan Parti Komunis China terhadap minoriti Islam," kata Ross. Syarikat itu termasuk Changji Esquel Textile Co Ltd, Hefei Bitland Information Technology Co Ltd, Hefei Meiling Co Ltd, Hetian Haolin Hair Accessories Co Ltd, Hetian Taida Apparel Co Ltd, KTK Group, Nanjing Synergy Textiles Co Ltd, Nanchang O-Film Tech dan Tanyuan Technology Co Ltd, Xinjiang Silk Road BGI dan Beijing Liuhe BGI.Kumpulan Islam Turki, yang membentuk sekitar 45 peratus penduduk Xinjiang itu, sekian lama mendakwa pihak berkuasa China melakukan diskriminasi budaya, agama dan ekonomi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
China dismisses UK's Uighur abuse claims as 'rumours and slander'Spokesman says forced-sterilisation reports are 'complete nonsense', adds Uighur population has more than doubled. FMTNews China
Read more »
'Ugly face': US and China trade barbs as South China Sea rift deepensBeijing says the US has a 'sour grapes' attitude towards 'flourishing China-Myanmar relations'. FMTNews China
Read more »
China komited selesai isu Laut China Selatan, nafi bina 'empayar maritim' | The Malaysian InsightIa menegaskan berpegang teguh pada prinsip saling menghormati dan bersama-sama negara anggota Asean.
Read more »
China committed to resolve South China Sea issue, never sought to build ‘maritime empire’ | Malay MailKUALA LUMPUR, July 20 — China is always committed to the dual-track approach in the South China Sea issue and upholding the principle that all countries are equal in seeking to resolve the disputes peacefully through negotiation and consultation with all countries concerned, said the Chinese...
Read more »
China to connect interbank and exchange bond marketsQualified investors will be allowed to buy and sell bonds traded in each other's markets. FMTNews China
Read more »