Isu Syamsul; Adakala yang tua ini lebih nak jaga hati orang muda - Yusof Haslam
KUALA LUMPUR : Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam,68, mengaku, dia tidak ingin hubungannya dengan Syamsul berterusan dingin meski tahu banyak pihak kini mencari dirinya untuk mengesahkan spekulasi anak sulungnya itu yang didakwa akan berkahwin dengan Ira Kazar.
“Nak kata terkilan pun tak boleh. Saya kena jaga hati semua orang. Dah tua begini, kadangkala, kita yang kena jaga hati orang muda, bukan orang muda jaga hati kita. Sebagai orang tua, saya beralah. Saya pun tak nak bergaduh dengan Syamsul. Yusof berkata demikian semasa ditemui di majlis tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diadakan di The Starling Mall, di ibu kota, semalam.
“Saya sayangkan anak dan menantu dan semua orang yang terlibat. Saya tak nak lukakan hati orang terlibat. Kita bersangka baik sahajalah. Di usia sekarang saya pun tak nak stres pasal hal begini. Terdahulu, kontroversi tercetus apabila sebuah blog hiburan melaporkan seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada pelakon drama veteran.