Beyond the Breaking News

ISU Penternakan Babi di Selangor Kembali Menarik Perhatian Umum

Berita Nasional News

ISU Penternakan Babi di Selangor Kembali Menarik Perhatian Umum
Penternakan BabiSelangorInstitusi Kesultanan

Polemik cadangan sistem penternakan moden tertutup di Selangor menimbulkan kemarahan rakyat dan tindakan tegas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

ISU penternakan babi di Selangor kembali menarik perhatian umum, khususnya dalam kalangan umat Islam, apabila timbul polemik berhubung cadangan pelaksanaan sistem penternakan moden tertutup di negeri tersebut.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mencemar kedaulatan institusi istana Selangor melalui paparan imej yang tidak wajar di media sosial. Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan rakyat dan wajar diambil tindakan tegas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia . Selangor yang sebelum ini menitahkan agar aktiviti penternakan babi di negeri itu ditamatkan. Titah tersebut berasaskan pertimbangan menyeluruh melibatkan kesejahteraan rakyat, kesihatan awam, pengurusan alam sekitar serta keharmonian sosial negeri.

Dalam konteks Malaysia sebagai negara raja berperlembagaan, institusi kesultanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan sosial dan politik. Raja bukan sekadar simbol adat Melayu dan pelindung agama Islam tetapi turut bertindak sebagai payung perpaduan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Justeru, apabila titah dizahirkan, semua pihak wajar memberikan penghormatan dan tidak menimbulkan tindakan yang boleh dianggap sebagai penderhakaan. Himpunan ‘Daulat Tuanku’ pada 16 Mei, lalu di Shah Alam memperlihatkan sokongan rakyat terhadap institusi diraja dalam isu ini.

Perhimpunan tersebut tidak wajar dilihat semata-mata sebagai pertembungan politik, sebaliknya sebagai luahan kebimbangan masyarakat terhadap tindakan yang dianggap mencabar sensitiviti agama dan kedudukan institusi kesultanan. Pada masa sama, isu penternakan babi tidak wajar dilihat dari sudut ekonomi semata-mata. Walaupun menjadi sumber pendapatan kepada sesetengah pihak, namun kerajaan negeri perlu mengambil kira kesan sosial, kesihatan dan alam sekitar yang sering dibangkitkan masyarakat. Banyak aduan mengaitkan ladang ternakan dengan pencemaran sungai, bau tidak menyenangkan serta gangguan terhadap kesejahteraan penduduk sekitar.

Walaupun teknologi moden mampu mengurangkan kesan tersebut, persoalan utama ialah kesesuaiannya dengan dasar negeri serta titah Sultan. Dalam sistem demokrasi, kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab dan adab, terutama apabila melibatkan isu sensitif agama, budaya dan institusi diraja. Pendekatan provokatif hanya akan mencetuskan ketegangan dan perlu dielakkan. Kerajaan negeri juga perlu menjelaskan dasar secara lebih jelas dan konsisten bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Ketidakjelasan hanya akan memperluaskan polemik serta menjejaskan keharmonian negeri. Sebarang penyelesaian perlu dilaksanakan secara berhemah dan tersusun dengan mengambil kira semua pihak. Jika berlaku penutupan atau pemindahan ladang, kesan kepada masyarakat setempat perlu ditangani dengan adil dan menyeluruh. Akhirnya, institusi raja berperlembagaan kekal sebagai tunjang kestabilan negara.

Sultan bukan sahaja simbol adat tetapi payung perpaduan rakyat. Justeru, titah baginda wajar dihormati sebagai asas kepada keharmonian dan kesejahteraan negeri serta negara. –

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Penternakan Babi Selangor Institusi Kesultanan Keseimbangan Sosial Politik Kedaulatan Institusi Istana

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Selangor Sultan Praises Tabung Haji's Fifth Consecutive Labaytum Diamond AwardSelangor Sultan Praises Tabung Haji's Fifth Consecutive Labaytum Diamond AwardSultan Sharafuddin Idris Shah expressed delight at Tabung Haji receiving the Labaytum Diamond Award for the fifth time and second year in a row, highlighting the agency's efficiency, professionalism and commitment in managing Hajj operations. He recalled his own two pilgrimages guided by Tabung Haji and praised the organization's role in supporting Malaysian pilgrims through sharia‑compliant savings since its founding in 1959. The award, presented by Saudi Minister of Hajj and Umrah Dr Tawfiq Fawzan Al‑Rabiah, underscores Tabung Haji's global standing in pilgrimage management.
Read more »

Selangor Ruler congratulates TH on second straight Labaytum Diamond awardSelangor Ruler congratulates TH on second straight Labaytum Diamond awardKUALA LUMPUR: YTL Artificial Intelligence (AI) Cloud has officially achieved the NVIDIA Exemplar Cloud status, making it one of the first cloud infrastructure providers in Asia to earn this validation, placing it within an elite tier of global hyperscalers and AI-specialised clouds.
Read more »

Police Officer Dies in Motorcycle-Lorry Collision in Hulu SelangorPolice Officer Dies in Motorcycle-Lorry Collision in Hulu SelangorA senior police officer, Superintendent Yuslimezam Hashim, died after his motorcycle collided with a lorry on the Jalan Batang Kali-Genting road. The 51-year-old was en route from Alor Setar to the Pahang Police Contingent Headquarters. The lorry driver sustained minor injuries. Police are investigating and seek public information.
Read more »

Sesat Dalam Hutan Tetap Tak Boleh Makan Babi, Ada SyaratnyaSesat Dalam Hutan Tetap Tak Boleh Makan Babi, Ada SyaratnyaHanya boleh jika benar-benar terdesak selepas tiada lagi pilihan makanan lain.
Read more »



Render Time: 2026-07-15 20:17:53