Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, wanita yang dipercayai berumur sekitar 70-an tersebut kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
KANGAR : Isteri kepada warga emas dan anak mereka yang ditemukan meninggal dunia kira-kira dua hari dipercayai Covid-19 di rumah keluarga itu di Taman Datuk Setia, Jalan Kaki Bukit di sini semalam didapati positif Covid-19 kategori empat.Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, wanita yang dipercayai berumur sekitar 70-an tersebut kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah .
Ketika ditanya mengenai keputusan ujian Covid-19 terhadap mayat dua beranak yang ditemukan semalam, Wari memberitahu, keputusan masih belum ada dan dijangka diperoleh dalam masa dua atau tiga hari akan datang.“Mayat kedua-dua mangsa kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Bedah siasat masih belum boleh dilakukan kerana masih menunggu keputusan ujian Covid-19,” ujarnya.