Seri Paduka menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kemelut dapat dapat diakhiri dengan segera dan semua ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik ini…
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara pada pukul 2.30 petang esok, selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenan pelantikannya ke jawatan itu.
Selain itu, kata Ahmad Fadil, Seri Paduka menzahirkan pandangan, kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik Covid-19 dengan segera demi kemaslahatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang amat terkesan ekoran ancaman wabak berkenaan. “Ahli Dewan Rakyat juga diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya hari ini.
Ismail Sabri sebelum ini didakwa mendapat sokongan majoriti seramai 114 ahli Parlimen berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat 105 sokongan wakil rakyat.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri menghadap Seri Paduka - Utusan Digital114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri menghadap Seri Paduka
Read more »
'Ismail Sabri sudah menang, esok kami bertolak ke Istana Negara' - Ahmad Maslan - Utusan Digital'Ismail Sabri sudah menang, esok kami bertolak ke Istana Negara' - Ahmad Maslan
Read more »
Ismail Sabri naik bas ke Istana Negara - Utusan DigitalTurut kelihatan di dalam bas tersebut adalah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed.
Read more »
'Kami beri sokongan kepada Ismail Sabri dengan sukarela, tanpa paksaan' - Utusan DigitalSemalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Read more »
Sokongan Ismail Sabri calon PM ke-9 bersyarat - Muhyiddin Yassin - Utusan DigitalKeputusan tersebut juga memberi makna PN lebih mengutamakan kestabilan politik berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.
Read more »