tahap keperluan katil hospital di Jakarta juga menurun
JAKARTA: Indonesia melanjutkan lagi sekatan Covid-19 di Jawa dan Bali sehingga 16 Ogos ini, namun akan melonggarkan beberapa peraturan di 26 kawasan ketika kes jangkitan di Jakarta sudah menurun, namun meningkat di tempat lain.
Pihak berkuasa Indonesia melaksanakan sekatan Covid-19 yang diperketatkan sejak awal Julai lalu selepas negara ini merekodkan peningkatan kes jangkitan secara ‘luar biasa’. Menteri Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, merangkap ketua pencegahan Covid-19 Indonesia, Luhut Pandjaitan menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi protokol yang ditetapkan. “Jangan biarkan apa yang kita sudah capai hari ini menjadi sia-sia, kita perlu kekalkan momentum,” katanya. Kesemua pusat beli belah akan beroperasi pada kapasiti 25 peratus untuk golongan yang sudah divaksin, selain perlu menunjukkan bukti divaksin menggunakan aplikasi digital. Sekatan Covid-19 di luar Jawa dan Bali pula akan dilanjutkan sehingga 23 Ogos ketika kes meningkat sehingga 1.2 peratus. Kes jangkitan di Jakarta pada 12 Julai lalu direkodkan sebanyak 14,619, namun kelmarin, hanya 727 kes dicatatkan, selain tahap keperluan katil hospital turut menurun iaitu dari 90 kepada 39 peratus. Di Kalimantan Timur dan kepulauan Borneo, kes jangkitan meningkat dari 922 kepada 12,127 kes dalam seminggu pertama Ogos. – REUTERS
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jangkitan Covid-19 menurun, 17,236 kes hari ini, kata KP kesihatan | The Malaysian InsightLembah Klang terus menyumbang jumlah jangkitan tertinggi dengan 7,307 kes, kata Dr Noor Hisham.
Read more »
Jangkitan Covid-19 menurun kepada 17,236 kes - Utusan DigitalSelangor kekal berada di atas dengan 5,740 kes.
Read more »
Brunei rekod kes Covid-19 pertama dalam tempoh 15 bulan - Utusan DigitalBrunei rekod kes Covid-19 pertama dalam tempoh 15 bulan
Read more »
42 kes baharu Covid-19, Brunei umum langkah kawalan diperketatkan - Utusan Digital42 kes baharu Covid-19, Brunei umum langkah kawalan diperketatkan
Read more »
China lapor 143 kes baharu Covid-19 - Utusan DigitalJumlah itu meningkat berbanding 125 kes Covid-19 dicatatkan sehari sebelumnya.
Read more »
