Restoran makanan asli India, India Gate melancarkan cawangan ke-14 di Changkat, Bukit Bintang, manakala cawangan ke-15 dijadualkan beroperasi di IOI Damansara bulan depan.
SARAVANAN Subramaniam dan Pengerusi India Gate, Datuk Samsudin Basir ketika gimik memotong riben pada majlis pembukaan cawangan baharu restoran India Gate di Bukit Bintang hari ini.
- UTUSAN/SYAKIR RADINKUALA LUMPUR: Restoran makanan asli India, India Gate melancarkan cawangan ke-14 di Changkat, Bukit Bintang, manakala cawangan ke-15 dijadualkan beroperasi di IOI Damansara bulan depan. Pengasas India Gate, Saravanan Subramaniam berkata, pembukaan cawangan baharu itu menjadi simbol perjalanan syarikat yang dibina melalui pengorbanan, keberanian, kesungguhan dan keyakinan yang tidak pernah luntur.
Menurut beliau, ketika India Gate memulakan operasi pada 2017, syarikat itu hanya berpegang kepada satu visi iaitu memperkenalkan citarasa autentik India dengan standard kualiti, perkhidmatan dan hospitaliti bertaraf tinggi kepada masyarakat Malaysia.
“Perjalanan ini bukan sesuatu yang mudah. Kami berdepan pelbagai cabaran, kesukaran dan ketidakpastian. Namun, setiap cabaran menjadikan kami lebih kuat, matang dan bersedia untuk terus berkembang.
“Hasil sokongan pelanggan setia, komitmen kakitangan, kepercayaan rakan niaga serta doa keluarga dan sahabat handai, India Gate kini berkembang kepada 15 cawangan di seluruh negara,” katanya pada majlis pembukaan rasmi cawangan berkenaan di sini hari ini. Beliau berkata, pertumbuhan India Gate bukan sahaja dapat dilihat daripada peningkatan jumlah cawangan, malah turut disokong pelbagai pencapaian di peringkat nasional dan antarabangsa.
Antara pencapaian yang diraih termasuk pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Jualan Biryani Tertinggi oleh Rangkaian Restoran India di Malaysia serta Jualan Roti Naan Tertinggi di Malaysia. Selain itu, India Gate turut menerima pengiktirafan ASEAN Records bagi kategori Jualan Biryani Tertinggi oleh Rangkaian Restoran India di ASEAN dan Asia Records bagi kategori sama di peringkat Asia.
Saravanan berkata, satu lagi pencapaian penting syarikat adalah menjadi restoran Indian Fine Dining pertama di Malaysia yang memperoleh Pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia .
“Pensijilan ini membuktikan komitmen kami terhadap standard kualiti, kebersihan, keselamatan makanan serta keyakinan pelanggan. “India Gate juga merupakan antara restoran India dengan prestasi jualan tertinggi di platform GrabFood Malaysia, sekali gus mencerminkan kepercayaan dan sokongan pelanggan di seluruh negara,” katanya. Beliau berkata, meskipun pelbagai kejayaan telah dicapai, syarikat percaya kejayaan sebenar bukan terletak pada jumlah anugerah yang diterima.
“Sebaliknya, kejayaan sebenar adalah apabila sesebuah organisasi mampu memberi manfaat kepada masyarakat, membuka peluang pekerjaan, membangunkan bakat, membantu keluarga dan meninggalkan legasi yang berkekalan,” katanya. Sempena pembukaan rasmi cawangan itu, India Gate mengagihkan 2,000 pek biryani percuma kepada orang ramai, selaras dengan tradisi syarikat setiap kali membuka cawangan baharu. Cawangan di Changkat Bukit Bintang itu mempunyai kapasiti kira-kira 130 pelanggan dan turut dilengkapi dewan acara berkapasiti 100 orang di tingkat satu. –
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
India aviation probe faces criticism as Air India 787 crash report remains incompleteMUMBAI, June 11 — India’s aviation accident probe agency is facing renewed criticism from pilot groups ahead of the anniversary of the 2025 Air India Boeing-787 crash in...
Read more »
LRA Bukit Chupak siap, masalah air 20 tahun di Gua Musang berakhirMeningkatkan rizab margin bekalan air kepada sekurang-kurangnya lima peratus berbanding sifar sebelum ini.
Read more »
KLIO dihujani bintang boling duniaPersatuan Tenpin Boling Kuala Lumpur (KLTBA) memilih untuk meraikan ulang tahun ke-50 penubuhannya dengan cara cukup
Read more »
Soul City: An R&B Night Set To Reunite Malaysia's R&B Legends At Unifi ArenaMalaysia’s R&B royalty takes over the stage at Bukit Jalil this July.
Read more »




