KualaLumpur Sheikh Ahmed el-Tayeb mengutus surat ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dalam satu hantaran di Facebook menerusi akaun rasmi berbahasa Arab miliknya, Zulkifli berkata, surat yang diterima pada petang Sabtu itu turut mengandungi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada beliau dan rakyat Malaysia.
"Ketibaan surat agak lewat kemungkinan disebabkan terpaksa melalui beberapa prosedur rasmi," katanya dalam ruangan komen pada hantaran yang sama apabila warganet bertanya mengenai ucapan Aidilfitri berkenaan. Menurutnya, Sheikh Tayeb yang juga Ketua Majlis Ulama kanan Al-Azhar berharap dengan pelantikan beliau itu, hubungan Malaysia dan Republik Arab Mesir khususnya Universiti Al-Azhar Al-Sharif akan terus kukuh dan memberi manfaat besar kepada ummah.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mac lalu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Laporan Al Jazeera tidak benarkotatinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan laporan saluran berita antarabangsa, Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pendemik Covid-19.
Read more »
Malaysians come first, Hamzah tells Al Jazeera | The Malaysian InsightHome minister refutes global news outlet’s report claiming discrimination against illegals amid pandemic.
Read more »
Top Egyptian actor Ragaa al-Geddawy dies from Covid-19A veteran actor, Geddawy boasted a lengthy and varied career during which she gained fame across the Arab world. FMTNews Covid19
Read more »
Top Egyptian actor Ragaa al-Geddawy dies from Covid-19 | The Malaysian InsightTop Egyptian actor Ragaa al-Geddawy dies from Covid-19
Read more »
Minister refutes Al Jazeera report claiming govt discriminated against immigrants | The Malaysian InsightPutrajaya took measures during MCO for the safety of all people, argues Adham Baba.
Read more »