kualalumpur Program Sarapan Percuma (PSP) yang akan bermula Januari depan, dilaksana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pemilihan makanan di sekolah berasrama, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata, SOP tersebut selaras amalan pemakanan pelajar berbilang kaum dalam negara iaitu dengan mengutamakan makanan halal, pemakanan sayur-sayuran dan ada yang tidak memakan daging.
“Semasa pendaftaran, mereka akan memilih cita rasa ,.. kita boleh ikut SOP sedia ada,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Negara bagi menjawab soalan Senator Datuk A Kesavadas Nair mengenai jaminan pemilihan makanan di semua sekolah yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum ini mengumumkan 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Menganiaya atau teraniaya?kualalumpur Merayu pun sudah, malah bersemuka pun juga sudah tapi malangnya seorang penghantar makanan hilang sumber pendapatan selepas akaunnya disekat gara-gara dituduh meminta RM48 daripada pelanggan, baru-baru ini.
Read more »
Kutip kangkung buat lauk selepas bekalan makanan habis [METROTV]tumpat Makanan terpaksa dicatu, malah terpaksa mengharung air mengutip kangkung yang ditanam untuk dimakan sebagai bekalan sepanjang tempoh banjir.
Read more »
118 pelajar di Selangor positif dadahserdang SERAMAI 118 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan mengambil dadah, hasil ujian saringan dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri sepanjang tempoh Januari hingga November lalu.
Read more »