Beyond the Breaking News

Iktiraf UEC berisiko wujudkan dualisme pendidikan

Malaysia News News

Iktiraf UEC berisiko wujudkan dualisme pendidikan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pengiktirafan kemasukan calon Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) secara langsung atau tidak langsung berisiko mewujudkan dualisme pendidikan yang memisahkan rakyat mengikut aliran bahasa dan etnik.

PETALING JAYA: Pengiktirafan kemasukan calon Sekolah Menengah Persendirian Cina /Sijil Peperiksaan Bersepadu secara langsung atau tidak langsung berisiko mewujudkan dualisme pendidikan yang memisahkan rakyat mengikut aliran bahasa dan etnik.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia , Borhan Ahmad Zakaria berkata, pengiktirafan terhadap UEC akan membuka ruang kepada kewujudan sistem pendidikan yang bergerak di luar kerangka dasar pendidikan negara serta melemahkan prinsip penyatuan nasional yang selama ini dipertahankan. Ini kerana, format UEC adalah berasaskan silibus luar dan tidak tertakluk sepenuhnya kepada Kurikulum Kebangsaan selain menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama pendidikan.

“Kandungan kurikulum serta buku teks UEC juga ditentukan sendiri tanpa tertakluk sepenuhnya kepada piawaian dan tapisan menyeluruh Kementerian Pendidikan . “Dasar Pendidikan Kebangsaan menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa utama pengantar pendidikan bagi membentuk identiti negara bangsa yang kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta SMPC atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam .

Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA. Tambah Borhan, kerajaan sewajarnya memperkukuhkan sistem peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia termasuk meningkatkan mutu pendidikan nasional, bukannya membuka ruang kepada sistem peperiksaan luar yang tidak selari dengan aspirasi negara. Katanya, peperiksaan tersebut merupakan peperiksaan kebangsaan yang inklusif serta menjadi milik seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang masyarakat.

“Selain itu, Perkasa turut kesal apabila terdapat pihak tertentu menggunakan institusi tahfiz bagi mewajarkan pengiktirafan UEC sedangkan perkara itu langsung tidak boleh disamakan. “Ini kerana, majoriti pelajar tahfiz masih berada dalam kerangka pendidikan negara dan menduduki peperiksaan SPM, justeru institusi itu tidak wajar dijadikan alasan mengabsahkan sistem peperiksaan luar,” katanya. Borhan turut mempersoalkan desakan berterusan pihak tertentu yang mahu kerajaan mengiktiraf UEC walaupun isu tersebut sekian lama mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya tunduk kepada tekanan politik sehingga mengorbankan prinsip asas pendidikan negara serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Pendidikan merupakan soal kedaulatan negara dan tidak sepatutnya dijadikan medan percaturan politik kepartian mahupun kepentingan kelompok tertentu dalam masyarakat. “Sehubungan itu, Perkasa menuntut kerajaan membatalkan usaha mengiktiraf UEC dan memastikan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 dilaksanakan tanpa kompromi serta menolak sebarang bentuk politisasi pendidikan yang boleh menggugat perpaduan dan identiti nasional,” katanya. –

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kenyataan ILO tidak jejaskan pengiktirafan global sistem pekerja migranKenyataan ILO tidak jejaskan pengiktirafan global sistem pekerja migranFirma guaman yang mewakili syarikat Bestinet Sdn. Bhd., Lui & Bhullar menjelaskan, penjelasan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) tidak menjejaskan kepentingan pengiktirafan antarabangsa terhadap sistem tersebut.
Read more »

Malaysia opens public university access for tahfiz, UEC, private school graduatesMalaysia opens public university access for tahfiz, UEC, private school graduatesKUALA LUMPUR, May 14 — The Cabinet has approved a new, alternative entry pathway for students from religious schools, private schools, and Chinese independent secondary schools...
Read more »

Kemasukan lepasan UEC ke IPTA perluas akses pendidikan tinggiKemasukan lepasan UEC ke IPTA perluas akses pendidikan tinggiKemasukan calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti program tertentu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dapat meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada pendidikan tinggi.
Read more »

Govt fine-tuning varsity entry regs for UEC and other non-mainstream students, says PMGovt fine-tuning varsity entry regs for UEC and other non-mainstream students, says PMMay 15 (Reuters) - France captain Kylian ⁠Mbappe said he is now the fourth-choice forward at Real ⁠Madrid after manager Alvaro Arbeloa left him out of the starting ‌line-up for their 2-0 win over Real Oviedo on Thursday.
Read more »



Render Time: 2026-07-21 01:46:59