'Ini penting kerana hak rakyat sebagai pengundi kini dihormati dan dijamin, terutama mereka yang membuang undi untuk calon-calon yang mereka percaya dan sokong pada pilihan raya umum lalu.
PETALING JAYA: Kerajaan disaran menjadikan tarikh 28 Julai sebagai Hari Anti Lompat Parti yang akan disambut setiap tahun setelah Rang Undang-Undang Perlembagaan 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Parlimen diluluskan di Dewan Rakyat.
“Ini penting kerana hak rakyat sebagai pengundi kini dihormati dan dijamin, terutama mereka yang membuang undi untuk calon-calon yang mereka percaya dan sokong pada pilihan raya umum lalu. “Wakil rakyat yang mengutamakan kuasa dan harta kini boleh ditolak dan wakil rakyat yang benar-benar mengutamakan rakyat serta negara boleh dipilih lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.