utama Bersandarkan bakat dan kerja keras, nama Zara Zya terus bertahan selepas lapan tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Antara drama lakonannya yang memberi impak dan terus diingati ialah Love You Mr Arrogant, Keranamu Anisa dan Tuan Anas Mikael.
Bagi pemilik nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 34, ini dia juga perlu mengekalkan kualiti lakonan untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan tanah air.
“Pada masa sama, saya sudah bekerja dengan ramai hero yang bagus seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan terbaharu Alif Satar,” katanya. Zara berkata, penerbit dan pengarah perlu mengadakan proses uji bakat kepada pelakon terlebih dulu sebelum mereka diberi kepercayaan untuk melakonkan sesuatu watak itu. Mengenai watak diimpikan pula, kata Zara, dia juga impi melakonkan watak adiwira pada masa depan. “Saya tidak mahu dikenali dengan watak baik saja sebaliknya mahu variasi dalam lakonan. Saya pernah berlakon dalam filem Super Mak tetapi lakonan tidak bagus kerana masih baru dalam bidang lakonan ketika itu.
Zara berkata, dia tertarik melakonkan watak Pia kerana ia sangat berat dan boleh mencabar kemampuannya dalam bidang lakonan. “Apa yang mencabar saya perlu memahami bahasa isyarat dan banyak bermain dengan emosi dalaman untuk merealisasikan watak Pia itu," katanya.“Drama ini akan bersiaran pada Ramadan dan saya harap ada peminat yang mengagumi watak Pia dan beri kuih serta minuman apabila saya berkunjung ke bazar Ramadan kerana terkesan dengan watak Pia itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Britain removes citizenship from two more IS bridesReema Iqbal and her sister Zara left east London for Syria in 2013.
Read more »
Sarri idam jumpa Napoli di final EuropaLONDON 15 Mac - Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berharap pasukannya akan bertemu Napoli dalam saingan akhir Liga Europa selepas melihat Blues cemerlang meraih kemenangan 5-0 menewaskan Dynamo Kiev di Ukraine, awal pagi tadi.
Read more »