Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan (ICEC) 2023 anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan (KPM) menyerlahkan lagi kompetensi kaunselor pendidikan menerusi aktiviti penyelidikan, menulis artikel serta jurnal berkaitan kesihatan mental.
Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM, Salmiah Monshie berkata, aktiviti tersebut juga menjadi salah satu perkara utama dalam menambah baik perkhidmatan kaunseling yang diberikan kepada warga KPM.
“Selain menerangkan tentang hala tuju perkhidmatan kaunseling, kita turut datangkan para penceramah dari luar negara seperti Kedutaan Perancis, Thailand, Indonesia dan Brunei,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas penutup ICEC 2023 di sini kelmarin. Ia turut mengumpulkan pakar dan pengamal dalam bidang perkhidmatan kaunseling dan psikologi bagi tujuan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan kontemporari.i. Pelan Pembangunan Kompetensi Kaunselor Pendidikan Serta Guru Bimbingan dan Kaunselingiv. Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Kaunseling KPM 2023/2025Kesemua dokumen tersebut penting bagi memastikan persediaan berhadapan pelbagai kemungkinan.
“Guru kaunseling juga ada melaksanakan program-program pembangunan dan pencegahan untuk penguasaan motivasi belajar dan kesejahteraan mental,” ujarnya.