Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dekat Kampung Rantau Panjang di sini, malam tadi.
TANGKAP layar daripada rakaman CCTV menunjukkan motosikal bertembung dengan kereta dekat Jalan Haji Othman, Kampung Rantau Panjang, di Klang, Selangor, malam tadi. KLANG: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dekat Jalan Haji Othman, Kampung Rantau Panjang di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.25 malam itu, mangsa berusia 30 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Jalan Sungai Saim menghala ke Jalan Kampung Rantau Panjang.
“Ketika di lokasi, mangsa dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun. Kemalangan itu mengakibatkan wanita berkenaan mengalami kecederaan parah.
“Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Tambahnya, kejadian kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk tindakan lanjut.
“Mana-mana individu atau orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu boleh tampil ke kehadapan memberikan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Klang Utara, Inspektor Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-511 3584,” ujarnya. Terdahulu insiden tersebut tular dalam media sosial selepas potongan video daripada rakaman dipercayai dari sebuah restoran menunjukkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.
Wanita berkenaan didakwa melambung tinggi sebelum tercampak ke kawasan rumput berdekatan Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru . Sementara itu, seorang pengguna Facebook, ‘Saya Axn’ di dalam kumpulan ‘Info JPKK Kg. Rantau Panjang’ mendakwa mangsa merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai anak masih kecil. Susulan itu juga penduduk Kampung Rantau Panjang turut melancarkan tabung derma kilat keatas mangsa yang dikenal pasti penduduk di situ sebagai Allahyarhamah Nazira Rahman.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MCMC orders telcos to fix poor mobile coverage in Sabah’s Kampung TinagatTAWAU, June 8 — The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has directed telecommunications service providers to take immediate measures to improve the quality...
Read more »
Fire destroys 27 homes in Kampung Cina Gok Kapur, Kota BharuThe fire department confirmed that 27 of 45 houses in the Chinese village of Gok Kapur were destroyed, leaving 18 homes saved. No casualties were reported. A state assemblyman announced an emergency fire relief fund and appealed for donations to help the displaced families.
Read more »
Bigger disaster averted: Bomba contains fire razing 15 houses in Kampung CinaTHE government plans to abolish the special one-stop centre (OSC) at Kuala Lumpur City Hall (DBKL) as part of efforts to eliminate the potential for 'interference'.
Read more »
29 rumah musnah terbakar di Kampung CinaPunca kejadian setakat ini belum dapat dipastikan.
Read more »




