Terengganu Hukuman sebat bakal dikenakan terhadap nelayan asing yang didapati menangkap ikan dan menceroboh perairan negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, hukuman itu dilihat lebih berkesan berbanding denda kerana boleh menyebabkan nelayan terbabit 'serik' untuk mengulangi kesalahan sama.
"Mengikut Akta Perikanan 1985, kesalahan menceroboh serta menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran boleh dikenakan denda tidak melebihi RM6 juta ke atas tekong atau pemilik kapal manakala denda RM600,000 ke atas setiap kru atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali."Kita sedang mempertimbangkan cadangan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu, hari ini.
Berkaitan isu pengusaha bot nelayan tempatan mengalibabakan lesen kepada pengusaha bot nelayan Vietnam, beliau berkata, hukuman tegas akan dikenakan terhadap mereka yang tidak bertanggung jawab bersekongkol dengan nelayan asing. "Tindakan menyewa lesen kepada nelayan asing adalah kesalahan amat serius kerana boleh menjejaskan pendapatan dan tangkapan nelayan tempatan serta sumber perikanan negeri.
"Kita tidak akan membatalkan lesen atau permit seperti yang dilakukan sebelum ini kerana tindakan itu tidak lagi efektif dan pemilik masih boleh memohon lesen atau permit baharu," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KDN pertimbang hukuman sebat ke atas nelayan asing | The Malaysian InsightIa bagi membendung masalah pencerobohan nelayan asing ke negara ini yang berlarutan sejak sekian lama.
Read more »
Lelaki dipenjara 26 bulan hina Islam, Nabi Muhammad | The Malaysian InsightHukuman berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 6 Mac, 2019.
Read more »
Warga asing terkandas berdepan kekurangan penerbangan, harga tiket mahal | The Malaysian InsightKebanyakan warga asing yang terkandas menghubungi kedutaan negara masing-masing untuk mendapatkan bantuan.
Read more »
Industri sarung tangan Malaysia kekurangan tenaga kerja | The Malaysian InsightMereka berdepan masalah susulan pembekuan pengambilan pekerja asing disebabkan Covid-19.
Read more »
Filipina benar kemasukan warga asing bermula OgosWarga asing yang memiliki visa sedia ada dan sah perlu menjalani kuarantin ketika tiba. FMTNews Filipina Covid19
Read more »
Ops cari nelayan ditamatkanOPERASI mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan nelayan jatuh laut ketika menangkap ikan kira-kira 4.1 batu nautika di Pulau Payar, Langkawi, Rabu lalu, ditamatkan hari ini.
Read more »