putrajaya Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap dua lelaki kerana membunuh seorang penganggur di Butterworth, Pulau Pinang, enam tahun lalu
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan yang dikemukakan G. Theeneesh, 26, dan M.Thurkeswaran, 28.
Hakim Ong dalam keputusannya berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atas kedua-dua lelaki itu.Theeneesh, 26, yang sebelum ini bekerja di kedai logam dan Thurkeswaran, seorang juruelektrik, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 17 Julai 2017 kerana membunuh rakan mereka B Muniandy, 37, di Pantai Bersih Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang antara 10 malam pada 17 Mei 2014 dan 1 pagi, 18 Mei 2014.
Ahli patologi yang melakukan bedah siasat, mengesahkan kematiannya disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul. Timbalan Pendakwa Raya Asmah Musa mewakili pihak pendakwaan manakala Theenesh diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan peguam Dev Kumaraendran mewakili Thurkeswaran.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bersatu masih dalam Pakatan Harapan, kata Dr Mahathir | The Malaysian InsightBersatu kekal dalam PH sehingga majlis tertinggi memutuskan untuk keluar, kata pengerusi parti.
Read more »
Sidang DUN Perlis hanya 90 minitKangar Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari berkata, perkara itu diputuskan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menurut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19.
Read more »
Teringin watak aksirap Shiqin atau nama sebenar Nur Ashiqin Mohd Kamal, 29, meminati aktiviti lasak dan kini menyertai aktiviti 'boxing' Muay Thai.
Read more »
Hobi hentak kepalaSeoul Seorang lelaki mempunyai hobi pelik dengan menghentak kepala dan badannya pada pokok setiap hari.
Read more »