melaka HMHM RasaiBeritaSebenar Kerajaan negeri akan mengenakan hukuman tanpa amaran serta merta terhadap mana-mana individu atau pihak khususnya syarikat dan industri didapati melakukan pencemaran udara.
EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, Indeks Pencemaran Udara di negeri ini berada pada tahap tidak sihat dan tidak seharusnya diburukkan lagi dengan pencemaran di kawasan sekitar.
Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang ditetapkan khususnya pihak industri yang mana akan terus dikenakan tindakan tanpa amaran. “Kerajaan sentiasa memandang serius isu jerebu ini dan berharap mereka juga peka dengan situasi semasa dengan tidak memburukkan lagi pencemaran udara.
“Saya akan pastikan sesiapa sahaja yang terbabit dikenakan hukuman sewajarnya tanpa sebarang kompromi,” katanya pada sidang media selepas mengagihkan penutup hidung dan mulut di sebuah stesen minyak di Krubong, Melaka, pagi tadi. Pada program itu, sebanyak 500 penutup hidung dan mulut diagihkan kepada pengguna di stesen minyak berkenaan selain beberapa lokasi sekitar.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hukum baca al-Quran digitalPEREDARAN teknologi canggih masa kini menjadikan segala urusan harian menjadi mudah, termasuk membaca al-Quran secara digital melalui aplikasi yang ditawarkan.
Read more »
Guan Eng digesa berhenti salahkan BN kerana gagal tunai janjiRakyat Sarawak 'mengimpikan saat mereka memiliki 100% daripada kekayaan negeri itu', tanpa perlu berkongsi dengan Semenanjung. FMTNews
Read more »
Pertahanan punca Selangor seri - SathianathanSHAH ALAM, 15 Sept. - Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan mengakui barisan pertahanan kurang berdisiplin punca seri 1-1 bertemu Melaka United dalam saingan Piala Malaysia Kumpulan D di Stadium Shah Alam, semalam.
Read more »
Dari Kota Marudu ke MuarShahAlam HMHM RasaiBerita SebenarPerbezaan kepercayaan, adat, budaya tak halang pereka grafik kahwini gadis Kadazan Dusun.
Read more »
Bacaan IPU semakin baik di beberapa kawasan, kata Jabatan Alam Sekitar | The Malaysian InsightBacaan IPU semakin baik di beberapa kawasan, kata Jabatan Alam Sekitar
Read more »