Kuching Kejadian tanah runtuh berkenaan kesan pergerakan tanah dari bukit.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, kejadian tanah runtuh berkenaan kesan pergerakan tanah dari bukit mengakibatkan laluan ulang alik di kawasan kejadian tidak dapat dilalui.
“Pihak bomba, bersama Syarikat Sesco Berhad dan Cahya Mata Sarawak bekerjasama bagi memulih kawasan terjejas. Pemantauan mendapati, masih berlaku pergerakan tanah di lokasi. “Selain itu, dua unit tiang kabel di kawasan kejadian sudah terjejas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Ling Hui ketika mengulas lanjut berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian itu pada 8.23 pagi tadi, dan menggerakkan sejumlah tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.
“Setakat ini, kejadian tanah runtuh tidak membabitkan sebarang kecederaan terhadap pengguna jalan raya,” katanya.“Kita akan terus memantau pergerakan tanah secara lebih kerap dan akan memastikan laluan ini dibuka semula kepada orang ramai sekiranya disahkan benar-benar selamat,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lama pendam hasratSEMUA artis memiliki impian yang ingin dikecapi dalam bidang seni tanah air. Begitu juga dengan pelakon dan pengarah popular Zul Huzaimy Marzuki.
Read more »
Ambil alih tanah Highland Towers lulus 8 Jan ini, kata ZuraidaIa akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan diluluskan pada hari yang sama. FMTNews
Read more »