Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada tahun ini paling meriah sepanjang penganjurannya.
IPOH: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan pada tahun ini paling meriah sepanjang penganjurannya.
“Alhamdulillah, sambutan cukup baik dan setakat pukul 4 petang tadi , lebih 200,000 orang telah hadir. Walaupun hujan, kehadiran cukup memuaskan. Setakat ini, sebanyak lima institusi pengajian tinggi dan satu kolej vokasional sudah menyertai Program Pembangunan Belia Tani di Kalangan Siswazah membabitkan 100 peserta menerima manfaat.
“Saya ucap terima kasih atas kunjungan semua dan kepada wartawan yang telah memberikan publisiti. Harap teruskan lagi memanggil orang ramai hadir memandangkan esok ada satu hari lagi, hari cuti penuh,” katanya.