Perkhidmatan pos Hong Kong mengumumkan menghentikan penghantaran barangan ke Amerika Syarikat (AS) sebagai respons terhadap keputusan
HONG KONG: Perkhidmatan pos Hong Kong mengumumkan menghentikan penghantaran barangan ke Amerika Syarikat sebagai respons terhadap keputusan Presiden, Donald Trump menaikkan tarif import secara drastik yang dianggap sebagai tindakan ‘membuli’.
Dalam satu kenyataan rasmi, Hongkong Post menegaskan mereka tidak akan mengutip sebarang cukai atau tarif bagi pihak kerajaan AS dan akan menggantung penerimaan semua bungkusan yang mengandungi barangan ke negara itu.“Justeru bermula semalam, semua kiriman ke AS akan dihentikan serta-merta, manakala kiriman udara akan dihentikan bermula 27 April. Bagaimanapun, kiriman yang hanya mengandungi dokumen tidak akan terjejas,” kata Hongkong Post.
Perkhidmatan pos juga memaklumkan, bagi kiriman yang belum dihantar, mereka akan menghubungi pengirim untuk memulangkan barangan tersebut bersama caj pos bermula 22 April. Langkah ini dibuat selepas Trump menandatangani perintah baharu yang membatalkan pengecualian cukai ke atas bungkusan kecil dari China, yang sebelum ini membolehkan barangan bernilai bawah AS$800 memasuki AS tanpa dikenakan cukai atau duti.Meskipun Hong Kong merupakan sebahagian daripada China, wilayah itu mempunyai dasar perdagangan bebasnya sendiri dan tidak mengenakan tarif balas seperti yang dilakukan oleh Beijing.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hong Kong Post halts shipments to US, slams ‘bullying’ tariffs in China trade rowHONG KONG, April 16 — Hong Kong’s postal service said Wednesday it will stop shipping goods bound for the United States in response to “bullying” tariff hikes by US...
Read more »
Trump hentikan perlindungan Perkhidmatan Rahsia untuk anak BidenTrump hentikan perlindungan Perkhidmatan Rahsia untuk anak Biden
Read more »
Sin-Kung Logistics dijangka mula perkhidmatan kargo udara pada suku ketiga 2025Pakar pengangkutan kargo udara, Sin-Kung Logistics Berhad menjangkakan memulakan perkhidmatan kargo udara pada suku ketiga 2025 selepas penyelesaian pemerolehan 100 peratus kepentingan dalam Prima Air Sdn. Bhd. (Prima Air) dengan RM20.7 juta.
Read more »
Kecurian kabel tren jejas perkhidmatan KTM sektor utaraIsu kecurian kabel sistem semboyan telah memberikan kesan ketara ke atas perkhidmatan KTM di sektor utara.
Read more »
RUU ILTIZAM: Perkhidmatan kerajaan lebih cekap, mesra rakyatRUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 RUU ILTIZAM diperkenalkan untuk memastikan urusan dengan kerajaan menjadi lebih pantas.
Read more »
Kanak-kanak tersesat di Rumah Putih, diselamatkan Perkhidmatan RahsiaKanak-kanak tersesat di Rumah Putih, diselamatkan Perkhidmatan Rahsia
Read more »