Kualalumpur Akibat menghantar komunikasi jelik dan menghina agama Islam menerusi akaun Facebook, seorang penyelia kilang perabot didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.
Koh Teen Ern, 37, selaku Orang Kena Saman membuat pengakuan bersalah, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim MM Edwin Paramjothy.
Lelaki itu didakwa memuat naik satu hantaran di ruangan komen yang menghina agama Islam menggunakan akaun Facebook miliknya iaitu 'Tim Koh' dengan niat menyakitkan hati orang lain. Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara 2.47 pagi, 20 Disember 2019 dan 9.56 pagi, 21 Disember 2019 mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, OKS yang diwakili peguam Wong Chiang Kiat merayu hukuman denda yang minimum, namun Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd Hadi memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada OKS, kerana tindakannya telah mencetuskan kemarahan masyarakat. "Hukuman berbentuk pengajaran boleh menjadi contoh kepada semua rakyat Malaysia agar lebih sensitif dan berhati-hati ketika ingin menyuarakan pendapat di media sosial. Ribuan orang dapat melihat dan mengakses hantaran OKS tersebut," katanya.Berita Berkaitan
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ronaldo kena kutuk pakai kelengkapan bernilai RM6,600bolatime Cristiano Ronaldo diejek rakan sepasukan selepas mengenakan kelengkapan jenama Louis Vuitton bernilai £1,250 (RM6,600).
Read more »
Pemimpin Gereja mahu Hagia Sophia dijadikan tempat ibadah untuk penganut Kristian dan IslamAda cadangan agar umat Islam dan Kristian diberi kesempatan yang sama untuk beribadah di Hagia Sophia memandangkan ia mempunyai ruang yang besar. FMTNews FMTOhsem HagiaSophia
Read more »
Kedamaian mesej IslamALLAH menciptakan alam ini untuk dihuni oleh manusia sebagai menjunjung pelantikan mereka sebagai khalifah Allah di atas alam semesta ini.
Read more »
Pemuda Umno tuntut haram buku kerana imej mirip jata negara | The Malaysian InsightImej jata negara yang diubahsuai di kulit buku tersebut hina lambang kedaulatan, kata ketua pergerakan itu.
Read more »
Ronaldo kena kutuk pakai kelengkapan bernilai RM6,600bolatime Cristiano Ronaldo diejek rakan sepasukan selepas mengenakan kelengkapan jenama Louis Vuitton bernilai £1,250 (RM6,600).
Read more »
Eleven men compounded RM1,000 each for playing football during MCOBUTTERWORTH: Eleven men were each slapped with a RM1,000 compound each for playing football at a playground in Taman Bagan here.
Read more »