Salah faham tentang kehilangan beg sandang menjadi punca pergaduhan dua lelaki di rumah di Bukit Antarabangsa dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.25 tengah malam itu, kedua-dua lelaki berkenaan dilaporkan cedera.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sepasukan polis yang ke lokasi kejadian mendapati lapan lelaki sedang bertengkar dan dua daripadanya cedera. Kata beliau, kesemua individu berusia 20 hingga 25 tahun itu ditahan dan dibawa ke balai polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.“Ketika perbincangan berlaku pergaduhan antara kumpulan lelaki terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, kata Mohamad Farouk, tiga suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin bagi membantu siasatan. “Baki lima lagi lelaki diberi jamin polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiga beradik hilang ibu di pagi AidilfitriKetika kanak-kanak lain gembira meraikan lebaran bersama keluarga, tiga beradik di Kangar pula kehilangan ibu di pagi Hari Raya Aidilfitri.
Read more »
Norazian ‘hilang’ anak lebih 30 tahun akibat kemiskinanKesemua tiga zuriatnya dijaga individu berbeza dengan anak kedua iaitu lelaki diambil keluarga suami di Singapura bagi memudahkan urusannya bekerja di sebuah kilang di Johor Bahru, Johor.
Read more »
Polis siasat pergaduhan di restoran Bahau | The Malaysian InsightJuruwang didakwa meninggikan suara kepada wanita yang mempertikaikan harga makanan.
Read more »
Tiga beradik hilang ibu di pagi AidilfitriKetika kanak-kanak lain gembira meraikan lebaran bersama keluarga, tiga beradik di Kangar pula kehilangan ibu di pagi Hari Raya Aidilfitri.
Read more »
Jangan ‘koyak’ kerana isu remeh“Saya merayu supaya atlet berikan fokus 100 peratus di Hanoi, tiada sebab untuk tidak capai target dan saya juga percaya atlet mampu dapat lebih 36 pingat emas jadi ia boleh dicapai sekiranya atlet memberikan yang terbaik dan apa yang mereka ada.'