Hentikan penularan politik jijik | The Malaysian Insight

Malaysia News News

Hentikan penularan politik jijik | The Malaysian Insight
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 60 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 63%

Hentikan penularan politik jijik

MUTAKHIR ini, perkembangan politik nasional telah dijejaskan oleh mainan yang jelik dan keji. Penularan video palsu untuk memfitnah seorang menteri kanan telah memasuki suatu fasa yang melampau dan memualkan.

Ketika rakyat dan seluruh negara mengharapkan politik yang memberi harapan untuk perubahan dan pembangunan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kini, politik menjadi medan fitnah bukannya sebagai wasilah kepada kemaslahatan awam. Semalam satu lagi video fitnah disebarkan dan turut dimuatnaik ke dalam laman pornografi. Amalan politik sebegini mencemarkan kesucian agama, tradisi dan budaya serta kemaslahatan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

Pertembungan politik seharusnya berlaku dengan sihat dan menawarkan idea-idea yang mengangkat martabat rakyat dan negara bukannya melalui cara desperado yang kotor. Komplot politik jahat yang mengheret rakyat ini seharusnya tidak berlaku lagi di era Malaysia Baharu ini. Saya menggesa kepimpinan negara untuk mengambil tindakan yang tegas supaya dalang di sebalik penularan video ini dapat segera diheret ke muka pengadilan. Pihak berwajib juga perlu menyekat penularan video dan memberi amaran keras kepada pihak yang terus-menerus mensensasikan fitnah ini kepada khalayak awam. – 26 Jun, 2019.* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

msianinsight /  🏆 8. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Johor police mount roadblocks to prevent toxic waste dumping | The Malaysian InsightJohor police mount roadblocks to prevent toxic waste dumping | The Malaysian InsightAuthorities also working to ensure that 250 factories dealing with hazardous materials adhered to the standard operating procedure for waste disposal.
Read more »

Majlis peguam Palestin ingin saman peserta sidang tajaan AS di Bahrain | The Malaysian InsightMajlis peguam Palestin ingin saman peserta sidang tajaan AS di Bahrain | The Malaysian InsightSidang itu dikatakan ingin melakukan konsesi besar untuk Israel berhubung status bandar Baitulmaqdis dan mengenai hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka.
Read more »

Umno akan kemuka afidavit balas kes duit 1MDB, kata Annuar Musa | The Malaysian InsightUmno akan kemuka afidavit balas kes duit 1MDB, kata Annuar Musa | The Malaysian InsightIa akan memfailkan afidavit balas di mahkamah, seperti yang disaran oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.
Read more »

SPRM akan warta notis pihak ketiga kes duit 1MDB | The Malaysian InsightSPRM akan warta notis pihak ketiga kes duit 1MDB | The Malaysian InsightIa melibatkan wang berjumlah lebih RM216 juta yang disita daripada tujuh pihak termasuk dua individu, parti Umno dan beberapa syarikat.
Read more »

MACC lodges police report over fake Latheefa tweet | The Malaysian InsightMACC lodges police report over fake Latheefa tweet | The Malaysian InsightTwitter post claims 1MDB-sponsored haj pilgrims must pay back money.
Read more »

Teoh Beng Hock case AGC’s call, says Home Minister | The Malaysian InsightTeoh Beng Hock case AGC’s call, says Home Minister | The Malaysian InsightMuhyiddin Yassin says there is not much more the ministry can do, so the AGC must decide whether to reopen the file.
Read more »



Render Time: 2025-02-22 21:04:01