Mendengar ‘keluhan’ penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 menentang Laos dan Singapura serendah RM30.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, penurunan harga tiket buat kali kedua itu dibuat selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong.
Menurut Hamidin, beliau telah sekali lagi mengarahkan awatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Posa Majais mendapatkan penyelesaian terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai. “Peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding 2018 terpaksa dibuat oleh FAM disebabkan peningkatan kos berkaitan dalam tempoh empat tahun, termasuk pengurusan dan penganjuran perlawanan.
“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon dapat berjalan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong pada setiap perlawanan,” katanya semalam. Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, diturunkan ke RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ejen hartanah didenda main judi Piala Dunia Qatar 2022Semakan telefon bimbit tertuduh mendapati terdapat paparan aplikasi aktiviti untuk tujuan perjudian pertaruhan bola sepak.
Read more »
Factbox-Soccer-France v Morocco World Cup 2022: kickoff time, venue, stats and odds(Reuters) - France play Morocco in the semi-finals of the World Cup on Wednesday.
Read more »
Best smartphones under RM1,000 (DEC 2022) | SoyaCincau's Best Budget Buys - SoyaCincauWe're going to be honest, this year's pickings are a little slim. But there are still decent options under RM1,000. Here they are.
Read more »
MCMC: 112 compounds totalling over RM4mil issued in 2022KUALA LUMPUR: The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) issued 112 compounds totalling RM4.696mil to licence and non-licence holders over various offences under the Communications and Multimedia Commission Act 1998 and subsidiary laws under the Act for 2022.
Read more »