Beyond the Breaking News

Harapnya KJ pilih PN, kata Takiyuddin

Malaysia News News

Harapnya KJ pilih PN, kata Takiyuddin
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Harapnya KJ pilih PN, kata Takiyuddin FMTNews FMTBerita

Sebelum ini media melaporkan, Khairy Jamaluddin memaklumkan akan bertemu dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, minggu depan. PETALING JAYA: Perikatan Nasional mengakui yang mereka sememangnya mengharapkan ‘sesuatu’ daripada bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memandangkan setakat ini beliau masih belum mempunyai platform untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata bagaimanapun sehingga kini Khairy masih belum membuat apa-apa keputusan tetapi memaklumkan memilih untuk bersama dengan PN. “Setakat ini dia belum putus lagi di mana dia nak pergi, tapi dia tetap bersama dengan kita . Ada pertemuan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Khairy dan pimpinan kita pun ada jumpa. “Terbaharu dalam bulan ini dah ada perjumpaan dan kita juga difahamkan yang dia akan tetap jadi pengundi di Negeri Sembilan. Itu perkembangan yang baiklah,” katanya, lapor Sinar Harian. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Seremban semalam. Takiyuddin berkata, PN adalah platform politik yang paling sesuai untuk Khairy meneruskan perjuangan politiknya. “Sebagai seorang pimpinan kanan dalam sebuah parti yang besar dan tiba-tiba dipecat, sudah tentu dia perlukan satu platform yang sesuai dan pada masa ini hanya PN yang sesuai untuk dia,”katanya.Tanpa mendedahkan secara terperinci, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, pertemuan tersebut bagi memberikan keputusan muktamad beliau, dipercayai mengenai tawaran menyertai parti itu.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Annuar Musa is a member of PAS now, says TakiyuddinAnnuar Musa is a member of PAS now, says TakiyuddinSEREMBAN, June 10 — Pertubuhan Muafakat Nasional (MN) president and former Umno stalwart Tan Sri Annuar Musa has officially joined PAS, said the party’s secretary-general...
Read more »

Annuar Musa kini ahli PASAnnuar Musa kini ahli PASSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, parti itu menerima keahlian bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baharu yang lain hari ini.
Read more »

Annuar Musa among 3,000 new PAS members, says TakiyuddinAnnuar Musa among 3,000 new PAS members, says TakiyuddinFormer Ketereh Umno chief Annuar Musa received his PAS membership certificate from party president Abdul Hadi Awang tonight.
Read more »



Render Time: 2026-06-06 13:42:23