Hapus bayaran klinik, hospital kerajaan tapi sedia insurans kesihatan kebangsaan, kata pemikir FMTNews FMTBerita
Struktur bayaran RM1 bagi mendapatkan konsultasi pesakit luar dan RM5 bagi konsultasi pakar di kemudahan kesihatan kerajaan diperkenal pertengahan 80-an, kata Azrul Mohd Khalib.
Rakyat ketika ini hanya membayar bayaran nominal RM1 bagi mendapatkan konsultasi sebagai pesakit luar, manakala RM5 bagi konsultasi pakar. Pesakit pula membayar caj tambahan bagi preskripsi perubatan. Beliau merujuk struktur bayaran semasa yang diperkenalkan pertengahan 80an, sambil menambah rakyat sejak itu menikmati 95% kos rawatan disubsidikan menggunakan dana awam.“Bayaran semasa juga menimbulkan kekeliruan orang awam berhubung kos sebenar penjagaan kesihatan,” katanya sambil menyatakan ia tidak lagi mampan.
“Penyelesaian lebih mampan dan bermakna membiayai penjagaan kesihatan sepatutnya dicadang serta disokong, seperti skim insurans kesihatan kebangsaan,” katanya. Azrul percaya skim seumpama itu bukan sahaja membantu berkongsi beban dan tanggungjawab pembiayaan sistem kesihatan, malah berpotensi memberi kestabilan subsidi awam untuk mengekalkan akses serta kualiti perkhidmatan penting itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cagaran simpanan KWSP untuk yang terdesak sahaja - PMCadangan agar simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan sebagai cagaran untuk pinjaman bank hanya dibenarkan untuk individu yang terdesak memerlukan wang segera sahaja.
Read more »
26 maut dalam serangan hendap Boko Haram di NigeriaKumpulan itu melakukan serangan ke atas pangkalan polis di bandar Magumeri dan berpuluh-puluh nelayan di bandar Dikwa.
Read more »