Beyond the Breaking News

Hanya dua kedai mamak di Pahang miliki sijil halal

United States News News

Hanya dua kedai mamak di Pahang miliki sijil halal
United States Latest News,United States Headlines

Elakkan keraguan pengunjung. utusanonline

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang , Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, pemilikan sijil halal penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan digunakan itu adalah bersih, selamat dan semestinya mengikut syarak.

Kata beliau, pihaknya tidak menghalang jika ada pelanggan yang mahu ke restoran terbabit berikutan kedai mamak sememangnya diminati ramai dan setiasa dikunjungi pelanggan dari awal pagi hingga lewat malam. "Jaip menyarankan semua restoran makanan termasuk restoran Melayu yang beroperasi di negeri ini mendapatkan sijil halal bagi mengelakkan keraguan pengunjung. "Lebih-lebih lagi isu semasa sekarang ini yang heboh memperkatakan mengenai status halal sesuatu produk yang dimiliki oleh orang Islam dan bukan Islam," katanya. Beliau berkata demikian dalan sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Halal kepada IASC Holdings Sdn.Bhd di Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini hari ini. Menurut Mohd. Ghazali, tiada syarat ketat yang perlu dilakukan oleh pemilik kedai makan berkenaan untuk mendapatkan sijil halal kerana aspek utama yang perlu ada hanya kebersihan, sumber bahan mentah halal dan pekerja yang sihat serta bersih. "Bagaimanapun, masih ramai pemilik premis tidak berbuat demikian kerana mungkin dirasakan tidak perlu memandangkan pelanggan ramai datang berkunjung," ujarnya.. Tambah beliau, pemantauan bersama agensi kerajaan yang lain akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan premis makanan di negeri ini mempunyai sijil halal selain meningkatkan kesedaran kepada pengusaha makanan untuk mendapatkan sijil halal Malaysia yang sah. "Walaupun pemilik kedai mamak ini tidak memiliki sijil halal, tetapi kita sudah tahu bahawa mereka ini pasti orang Islam, dan penyediaan makanan juga insya-Allah berlandaskan syarak. "Tetapi untuk menguatkan lagi kualiti jaminan penyediaan makanan dan kebersihan makanan, kita harap semua restoran makanan buat permohonan sijil halal," katanya. - UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

15 lelaki Afrika bergaduh, berparang15 lelaki Afrika bergaduh, berparangkualalumpur Lelaki warga Afrika cedera selepas terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan rakan senegara di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, semalam.
Read more »

2 kolam takungan air Melaka kritikal?2 kolam takungan air Melaka kritikal?melaka Kapasiti air di dua kolam takungan air di Durian Tunggal di Melaka didakwa berada pada tahap sangat kritikal yang menyaksikannya hampir kering sehingga menampakkan dasar kolam berkenaan.
Read more »

Dua beradik suka bunyi siren bomba terus ditahanDua beradik suka bunyi siren bomba terus ditahanTUMPAT 18 Sept. - Polis masih lagi menahan dua beradik bagi membantu siasatan kebakaran 11 buah rumah di Kampung Padang Tanjong di sini sejak Jun lalu.
Read more »

Kerajaan negeri rujuk MPS isu stadium tiada sijil CCC dan CFKerajaan negeri rujuk MPS isu stadium tiada sijil CCC dan CFSEREMBAN 18 Sept. - Kerajaan negeri akan merujuk kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengenai status sijil pematuhan kod (CCC) dan sijil layak menduduki (CF) untuk Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.
Read more »

Penyamun tangan berdarahPenyamun tangan berdarahTINDAKAN berani orang ramai wajar dipuji apabila nekad bergelut dengan dua perompak bersenjatakan parang yang baru menyamun kedai runcit di Taman Desa Idaman, Kulai di sini.
Read more »

Penang Forum: Dakwaan Chow kelulusan EIA ambil masa 2 tahun mengelirukanPenang Forum: Dakwaan Chow kelulusan EIA ambil masa 2 tahun mengelirukanPenyelidik alam sekitar, Evelyn Teh mendakwa JAS hanya mengambil masa dua hari untuk meluluskan PSR. FMTNews
Read more »



Render Time: 2026-06-08 10:44:17