Beyond the Breaking News

Hamzah kerjasama dengan Pas PRN Johor, Negeri Sembilan

Malaysia News News

Hamzah kerjasama dengan Pas PRN Johor, Negeri Sembilan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Johor dan Negeri Sembilan memerlukan sebuah pentadbiran yang stabil dan berwibawa bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat diteruskan.

HAMZAH Zainudin bersama ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin pada majlis perkahwinan di Batu Kurau hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABASLARUT: Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Bekas Timbalan Presiden Bersatu itu berkata, hubungan erat yang terjalin dengan Pas akan dimanfaatkan untuk merangka pendekatan politik yang mampu menjamin kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kita sedang membincangkan soal masa depan. Masa depan itu bukan bermakna untuk parti saya semata-mata. Kita ada sahabat seperti Pas dan juga mahu membantu menentukan masa depan rakyat Johor.

“Kita mahu memastikan segala pembangunan dan agenda masa depan itu dapat dijayakan dengan begitu baik sekali. “Saya dan Pas akan terus mempertahankan kepentingan rakyat dan menentang mana-mana pihak yang dilihat boleh menjejaskan kestabilan serta kedudukan dua negeri itu,” katanya. Beliau ditemui pemberita pada majlis perkahwianan anak kepada ADUN Batu Kurau, Datuk Mohd Najmuddin Elias di Kampung Paya di sini hari ini.

Katanya, Johor dan Negeri Sembilan memerlukan sebuah pentadbiran yang stabil dan berwibawa bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan politik yang merugikan rakyat.

“Bersama Pas, kita akan duduk berbincang. Kalau ada kumpulan-kumpulan yang boleh merosakkan kedudukan Johor itu sendiri, kita akan tentang habis-habisan,” katanya. Menyentuh mengenai Negeri Sembilan, beliau menjelaskan matlamat yang dibawa adalah sama iaitu memastikan rakyat tidak terus terdedah kepada politik yang memecah-belahkan masyarakat dan menggugat usaha penyatuan nasional. Menurut Hamzah, rakyat mahu melihat kemunculan sebuah parti politik yang lebih matang dan bertanggungjawab, yang mampu menyatukan pelbagai kelompok masyarakat demi kepentingan negara.

Tambahnya, usaha tersebut tidak hanya melibatkan penyatuan dalam kalangan orang Melayu, malah perlu diperluaskan kepada masyarakat pelbagai kaum bagi membentuk sebuah kekuatan nasional yang lebih menyeluruh.

“Saya melihat kalau mereka benar-benar dapat duduk bersama dengan Pas, saya boleh menjadi jambatan untuk memastikan kumpulan-kumpulan ini bersatu dan bertemu. “Pada masa sama, rakyat bukan Melayu juga dapat bersama-sama dalam agenda yang lebih besar untuk negara kita,” katanya. –

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

DAP’s national congress postponed over Johor, Negeri Sembilan pollsDAP’s national congress postponed over Johor, Negeri Sembilan pollsDAP secretary-general Loke Siew Fook says the party will defend all its incumbent seats in both elections.
Read more »

DAP delays national conference to Aug as Johor and Negeri Sembilan dissolutions trigger election battleDAP delays national conference to Aug as Johor and Negeri Sembilan dissolutions trigger election battleKUALA LUMPUR, June 5 — The 2026 DAP National Conference, originally scheduled for July 12, has been postponed to August 16, party secretary-general Anthony Loke said.He said the...
Read more »

Anwar backs Negeri Sembilan assembly dissolution, says Johor polls came sooner than hopedAnwar backs Negeri Sembilan assembly dissolution, says Johor polls came sooner than hopedPUCHONG, June 5 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today said he would have preferred Johor to delay its state election by a few months to allow the government to focus on...
Read more »

Melaka State Election to Follow Johor and Negeri Sembilan Polls, Says Chief MinisterMelaka State Election to Follow Johor and Negeri Sembilan Polls, Says Chief MinisterMelaka Chief Minister Ab Rauf Yusoh announced that the state election will occur after the polls in Johor and Negeri Sembilan, highlighting differences in circumstances and no immediate need to dissolve the assembly. He confirmed BN will continue governing and will assist in the other states' elections while evaluating their results before setting Melaka's poll date.
Read more »



Render Time: 2026-07-17 15:09:56