Hampir 100 dikhuatiri maut, kapal tentera karam di Myanmar

Malaysia News News

Hampir 100 dikhuatiri maut, kapal tentera karam di Myanmar
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 68 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 31%
  • Publisher: 51%

Hampir 100 orang dipercayai mati lemas di Myanmar selepas sebuah kapal tentera karam di Sungai Chindwin di wilayah Sagaing di barat laut

BANGKOK: Hampir 100 orang dipercayai mati lemas di Myanmar selepas sebuah kapal milik tentera karam di Sungai Chindwin di wilayah Sagaing di barat laut, menurut saksi dan laporan pihak berkuasa.

Berdasarkan akhbar The Irrawaddy yang memetik tentera dan penduduk tempatan, lebih 100 orang disyaki menaiki kapal tersebut yang juga sebahagian konvoi kapal tentera.Pada 21 September lalu, tujuh mayat ditemukan manakala baki penumpang masih hilang dan dianggap sudah meninggal dunia susulan insiden yang berlaku Selasa lalu.

Dilaporkan, kapal itu membawa anggota tentera, selain merupakan sebahagian daripada konvoi membawa bekalan dan pasukan askar baharu ke wilayah yang bergolak, terkandas selepas terlanggar batu dekat perkampungan Mingin.Selain askar, kapal berkenaan dikatakan turut membawa pelajar dan guru. Tentangan terhadap rampasan kuasa tentera Myanmar masih kuat di Sagaing yang mana pasukan tentera bergelut mengawal situasi, menyebabkan lebih banyak keganasan berlaku di kawasan tersebut.Lebih 700,000 penduduk kehilangan tempat tinggal akibat serangan tentera.“Apabila ada tragedi kapal karam, penduduk di sini biasanya saling membantu tetapi sejak rampasan kuasa berlaku, situasi amat berisiko.

“Malah, kami tidak memiliki peralatan sesuai untuk membantu mereka,” kata penduduk bernama Min Thu kepada agensi berita DPA.“Buat masa ini, harapan amat tipis untuk menemukan mangsa yang masih hidup, dengan cuaca bertambah buruk dan arus semakin deras sehingga ada mayat ditemukan tetapi tidak dapat dibawa keluar,” katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Taiwan factory explosion kills at least five, injures more than 100Taiwan factory explosion kills at least five, injures more than 100At least five people, including firefighters and workers, were killed and more than 100 people were injured in an explosion at a factory in southern Taiwan, authorities said on Saturday.
Read more »

100 kg beras import habis tidak sampai sejam100 kg beras import habis tidak sampai sejamSeorang peniaga warung sanggup menunggu sejak pukul 8.30 pagi di luar pasar raya di Bandar Putra, di sini bagi mendapatkan beras
Read more »

Hampir semua penduduk Eropah hirup udara toksikHampir semua penduduk Eropah hirup udara toksikEropah berdepan `krisis kesihatan awam teruk', hampir semua penduduk di benua itu tinggal di kawasan mempunyai pencemaran udara berbahaya.
Read more »

Sungai Musah bridge in Kapit, Sarawak closed to publicSungai Musah bridge in Kapit, Sarawak closed to publicKAPIT: The Sungai Musah bridge on Jalan Tekait-Musah, about 21km from Song town, has been closed to the public due to damage caused by soil erosion in the area.
Read more »

Sarawak JKR takes immediate steps to contain soil erosion at Sungai Musah bridgeSarawak JKR takes immediate steps to contain soil erosion at Sungai Musah bridgeKUCHING: Immediate steps have been taken by the Sarawak Public Works Department (JKR) to contain the soil erosion at the Sungai Musah bridge on Jalan ...
Read more »

Polis: Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pastiPolis: Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pastiALOR GAJAH: Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit di Pulau Sebang di sini pada 16 Sept l...
Read more »



Render Time: 2025-02-26 20:43:54