Hakim terkhilaf tentukan isu bahasa pengantar sekolah vernakular – Peguam BERITA Mahkamah NASIONAL TERKINI
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah, Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali turut terkhilaf apabila memutuskan penggunaaan kedua-dua bahasa itu dilindungi di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menghujahkan, hakim berkenaan turut terkhilaf ketika melupuskan kes saman itu secara terus menerusi Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. NGO berkenaan memohon mendapatkan deklarasi bahawa kewujudan sekolah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hakim Mohd. Abazafree Mohd. Abbas menolak saman i-Guru yang memohon perisytiharan Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina dan Tamil, tidak konsisten dengan Perlembagaan.
NGO berkenaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Disember 2021 yang menolak saman berhubung keabsahan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah tersebut. Hakim berkenaan turut berpendirian, ketika ini, terdapat lebih 1,800 sekolah vernakular di seluruh negara dengan kira-kira setengah juta pelajar daripada komposisi kaum yang berbeza secara keseluruhan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Permohonan Rosmah tangguh prosiding rayuan kes solar didengar Jumaat | The Malaysian InsightPeguam menghantar surat kepada mahkamah bulan lepas bagi memaklumkan mengenai penangguhan prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan itu.
Read more »
Peguam pertahan komen Dr M berkait ‘negara berbilang bangsa’Rafique Rashid berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu disokong oleh peristiwa sejarah dan berdasarkan peruntukan Perlembagaan.
Read more »
Rosmah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan cabar pelantikan pendakwa utama | The Malaysian InsightRosmah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan cabar pelantikan pendakwa utama
Read more »
Go after Stampa too, Sabah lawyer urges PutrajayaKOTA KINABALU: Malaysia should not stop at suing the self-proclaimed heirs of the Sulu sultanate for damages but also take controversial Spanish arbitrator Dr Gonzalo Stampa to court, says a Sabah lawyer.
Read more »