Beyond the Breaking News

Hakim Danish Ramli secures Q2 spot with fourth fastest time in French GP practice

Sports News

Hakim Danish Ramli secures Q2 spot with fourth fastest time in French GP practice
Hakim Danish RamliMoto3French GP

Malaysian Moto3 racer Hakim Danish Ramli qualified for Q2 after posting the fourth fastest time in the official practice session for the French Grand Prix at Le Mans. He expressed gratitude for the positive result and confidence boost ahead of the race.

Hakim Danish semakin serasi dengan krew pasukannya pada sesi sesi latihan rasmi GP Perancis di Litar Le Mans , Perancis, hari ini. - Gambar FB Hakim DanishPETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mengesahkan slot ke pusingan kelayakan 2 selepas mencatat masa keempat terpantas pada sesi latihan rasmi Grand Prix Motosikal Perancis di Le Mans , Perancis, hari ini.

Anak muda yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu melakar masa sepusingan 1 minit 40.443 saat . Pelumba Sepanyol, David Munoz yang bernaung di bawah pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP mencipta masa terpantas 1:40.211s. Rakan sepasukannya, David Almansa berada di tempat kedua , manakala, pelumba CFMoto Aspar Team, Marco Morelli dari Argentina di kedudukan ketiga .

Hakim Danish melahirkan rasa syukurnya selepas berjaya menempah tempat ke Q2 dan keputusan yang dicatat, hari ini, telah memberi keyakinan yang cukup positif buat dirinya serta pasukan. Mengulas lanjut mengenai sesi latihan pada Jumaat, pelumba berusia 18 tahun itu berkata, dia mula membina keyakinan sejak sesi latihan bebas pertama lagi selepas berada di tempat ketujuh .

“Pada sesi FP1 tadi, saya sudah mula dapat keyakinan yang baik bersama jentera dan juga dengan karakter litar di Le Mans. “Namun, masih ada beberapa selekoh yang saya rasa saya kehilangan sedikit kelajuan, jadi saya cuba mencari penyelesaian untuk memperbaiki aspek itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurut Hakim Danish, dia cuba belajar dengan mengekori pelumba-pelumba lebih pantas dan dari situ usaha tersebut ternyata berhasil bagi mendapatkan catatan masa yang lebih kompetitif.

“Tetapi saya sedar masih ada perkara yang perlu dipertingkatkan terutama dari segi tunggangan ketika bersendirian di atas litar. “Dalam sesi latihan rasmi pula, saya cuba membina kelajuan saya sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pelumba lain. “Saya rasa masa sepusingan yang saya catat agak positif dan ketika sesi ‘time attack’, saya sekali lagi cuba menggunakan peluang mengikuti pelumba pantas untuk memperkemaskan lakaran masa saya,” ujarnya.

Anak jati Terengganu itu menjelaskan, dia kini selesa dengan jenteranya dan pasukan juga melakukan beberapa pelarasan yang banyak membantu terutama ketika memasuki selekoh serta brek.

“Saya rasa komunikasi antara saya dan pasukan juga semakin baik. Untuk sesi esok, saya akan cuba memberikan 100 peratus,” katanya. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Hakim Danish Ramli Moto3 French GP Le Mans Q2 Qualification

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Former Economy Minister Rafizi Ramli Under MACC Probe Over RM1.1 Billion Semiconductor DealFormer Economy Minister Rafizi Ramli Under MACC Probe Over RM1.1 Billion Semiconductor DealThe MACC has questioned Datuk Seri Rafizi Ramli for three consecutive days regarding alleged abuse of power and misappropriation in a strategic investment deal with UK-based Arm Holdings.
Read more »

Manuel Hidalgo Potential Addition to Harimau Malaya AttackManuel Hidalgo Potential Addition to Harimau Malaya AttackFormer national striker Rudie Ramli believes that the naturalization of JDT winger Manuel Hidalgo could significantly boost the creativity and intensity of the Malaysian national team attack.
Read more »

PNB names Rizal Rickman as new president and group CEO, effective July 1, 2026PNB names Rizal Rickman as new president and group CEO, effective July 1, 2026KUALA LUMPUR, May 7 — Permodalan Nasional Bhd (PNB) has appointed Datuk Rizal Rickman Ramli as its new president and group chief executive (PGCE), effective July 1, 2026,...
Read more »

Penang Amanah ceramah a warm-up for coming elections, chance to talk to the rakyat, says sec-gen Yang di-Pertua Negeri Tun Ramli Ngah TalibPenang Amanah ceramah a warm-up for coming elections, chance to talk to the rakyat, says sec-gen Yang di-Pertua Negeri Tun Ramli Ngah TalibThe Penang State Legislative Assembly's Fourth Session opened with Yang di-Pertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib officiating the opening. He emphasized the need for Penang to place greater emphasis on energy efficiency, food security, and disciplined fiscal management in navigating volatile global conditions.
Read more »



Render Time: 2026-06-09 03:06:28