Hak atlet pilih sukan mahu diceburi - Syed Saddiq

Malaysia News News

Hak atlet pilih sukan mahu diceburi - Syed Saddiq
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 67 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 30%
  • Publisher: 51%

KBS dan MSN lebih menumpukan kepada sumbangan atlet kepada negara berbanding mengaitkan mereka dengan perkara lain. utusanonline

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa kementerian dan MSN lebih menumpukan kepada sumbangan atlet kepada negara berbanding mengaitkan mereka dengan perkara lain yang boleh menjejaskan kerjaya sukan.

“Sukan sepatutnya dijadikan alat untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dan pada masa yang sama kita hendak pastikan sukan ini betul-betul inklusif. Contohnya, bagi mereka yang memilih untuk memakai hijab, mereka harus dibela dan diberikan tempat. Begitu juga sebaliknya. “Pendirian saya adalah untuk mempertahankan atlet, kita hendak pastikan bahawa tidak kira apa pun latar belakang mereka, pilihan mereka, KBS dan MSN tetap akan jadi ‘rumah’ kepada mereka. Tidak kira sukan apa yang dia sertai, selagi dia membawa bendera Malaysia, dia adalah hero dan heroin Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ruang komuniti untuk belia, Spacerubix di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah mengenai keputusan negeri itu menarik diri daripada menyertai sebarang acara sukan gimnastik wanita dan gimrama kerana didakwa mengeksploitasi serta mempamerkan aksi ghairah seorang wanita.

Semalam, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam satu kenyataan menegaskan bahawa takrifan ‘ghairah’ tidak pernah wujud dalam sukan gimnastik dan gimrama dan tidak harus dijadikan asas dalam dasar pembangunan sukan. - BERNAMA

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lelaki ghairah bukan asas dasar sukan, kata MSN | The Malaysian InsightLelaki ghairah bukan asas dasar sukan, kata MSN | The Malaysian InsightKetua pengarah MSN berkata, takrifan itu tidak pernah wujud dalam sukan gimnastik dan gimrama.
Read more »

Tiada istilah 'ghairah' di pentas sukan, MSN beritahu TerengganuTiada istilah 'ghairah' di pentas sukan, MSN beritahu TerengganuSukan pentas para atlet mempamerkan disiplin diri dan semangat kesukanan yang tinggi, kata Ketua Pengarah Ahmad Shapawi Ismail. FMTNews
Read more »

Mahkamah lucut hak RM4.9 juta dari Yayasan PermataMahkamah lucut hak RM4.9 juta dari Yayasan PermataYayasan Permata yang dijenamakan semula sebagai Yayasan Genius berkata pihaknya memutuskan untuk tidak mencabar kes itu. FMTNews
Read more »

Mahkamah benar lucut hak RM4.9 juta daripada Yayasan Permata | The Malaysian InsightMahkamah benar lucut hak RM4.9 juta daripada Yayasan Permata | The Malaysian InsightHakim Collin Lawrence Sequerah mengeluarkan arahan itu selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan tiada pihak ketiga tampil membuat tuntutan
Read more »

Wang RM4.9 juta jadi hak kerajaanWang RM4.9 juta jadi hak kerajaanWANG RM4.901 juta yang disita daripada Yayasan Permata Malaysia didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini menjadi hak Kerajaan Malaysia.
Read more »

Yadim dan Zakir senada hak umat Islam perlu dipertahanYadim dan Zakir senada hak umat Islam perlu dipertahanPUTRAJAYA 4 Sept. - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan tokoh pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik senada bahawa hak umat Islam hendaklah dipertahankan.
Read more »



Render Time: 2025-02-09 18:24:28