Hajiji sudah tiada sokongan majoriti, kata KDM
KDM, Umno dan Barisan BN Sabah malam tadi menarik sokongan kepada Pengerusi GRS Hajiji Noor. – Gambar Facebook, 7 Januari 2023.
TIGA Adun daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat percaya Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Hajiji Noor tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai ketua menteri. Presiden KDM Peter Anthony berkata perkara itu merujuk kepada Perlembagaan Negeri Sabah menyatakan ketua menteri sebagai ketua parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.
“Seterusnya, di bawah Perkara 7 Perlembagaan Negeri Sabah, Adun Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor hendaklah meletakkan jawatan serta-merta,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Sehubungan itu katanya, KDM menyerahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin untuk memutuskan pelantikan ketua menteri baharu berdasarkan dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.Dengan tindakan KDM, serta Umno dan Barisan Nasional Sabah menarik sokongan malam tadi, kerajaan Sabah diterajui Hajiji hanya mempunyai sokongan 38 Adun iaitu 29 daripada GRS, PH , dan masing-masing seorang Adun daripada Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sabah’s Parti KDM now also says Hajiji has lost majority and should step downKOTA KINABALU, Jan 7 — Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Sabah appears to be siding with efforts to topple the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) government following...
Read more »
PBS, Star kekal sokong Hajiji sebagai KM Sabah | The Malaysian InsightTimbalan Presiden PBS Dr Joachim Gunsalam berkata tiada keperluan untuk kemuka usul undi percaya di DUN Sabah terhadap pengerusi GRS itu.
Read more »
Hajiji to reshuffle state cabinet after coup attempt | The Malaysian InsightSabah Chief Minister says details to be disclosed soon.
Read more »
Tiada keperluan usul undi percaya terhadap HajijiBeliau berkata, tiada keperluan untuk mengemukakan usul sedemikian di Dewan Undangan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata, pada masa ini semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) PBS menyokong kepimpinan Ketua Menteri.Negeri (DUN) Sabah…
Read more »