“Ketika itu, tidak seorang pun antara kami yang memiliki kereta. Kami terpaksa menyewa lori untuk mengangkut peralatan muzik ke majlis perkahwinan”
Antaranya yang malar segar, Wajah Kesayangan Hamba, yang sinonim dengan masyarakat kita dan sering dinyanyikan dalam acara berkaraoke sempena majlis perkahwinan.Pada zaman kegemilangannya, Hail atau nama sebenar Abdul Hail Amir mewarnai industri muzik tempatan dengan kemerduan suara mendendangkan lagu-lagu romantis. Era 70 dan 80-an cukup menjentik nostalgia.
“Saya tahu bermain gitar. Kemahiran tersebut membuatkan saya terpilih sebagai pemain gitar untuk kumpulan muzik tersebut. Hail Amir menganggap aktiviti seni sebagai ubat kegembiraan buat dirinya. Justeru katanya, sejak remaja lagi, dia tidak pernah berdepan darah gemuruh atau kerisauan ketika membuat persembahan di atas pentas.“Kesenian adalah aktiviti yang menggembirakan saya. Saya rasa hidup cukup membosankan kalau tidak menyanyi, menari dan menghiburkan orang,” ujarnya.Ketika mengecap populariti sekitar era 70 dan 80-an, Hail menjadi antara penyanyi dan pelakon yang sangat digilai peminat perempuan.
Kata penyanyi yang pernah menerbitkan 12 album ini, dia masih menyimpan surat-surat yang diberikan peminat ketika zaman kegemilangannya dulu sebagai tanda penghargaan terhadap pemberian tersebut. “Semua surat itu masih tersimpan baik di rumah saya. Itu adalah tanda penghargaan saya buat peminat yang menyokong perjalanan seni saya,” katanya lagi.Berdepan serangan jantung pada 2018 membuatkan penyanyi ini lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan. Kata Hail, dia enggan serangan itu kembali, justeru sentiasa memastikan kesihatan dalam tahap memuaskan.
“Sekarang saya lebih berhati-hati dan selalu jaga pemakanan bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa keadaan yang baik,” katanya.Ketika berbicara, Hail meluahkan rasa syukur atas kesudian masyarakat yang masih menghargai dan menerima kehadirannya dalam industri seni tanah air.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dadah: Inspektor polis berdepan penjara dua tahun, denda RM50,000Mohd. Firdaus justeru berkata, mahkamah kemudian memberikan tiga pilihan kepada tertuduh berhubung perbicaraan membela diri itu.
Read more »
KPKT belanja RM50 juta tukar lif usang, daif di PPR | The Malaysian InsightMenterinya Nga Kor Ming berkata sebagai permulaan 100 lif usang disasarkan untuk ditukar setiap tahun.
Read more »
Video, gambar feri baharu Pulau Pinang tular undang rasa teruja orang ramaiFeri tersebut yang diberi nama Teluk Bahang dipercayai untuk kegunaan pejalan kaki dan penunggang motosikal serta basikal dan dijangka mula beroperasi pada Ogos ini. georgetown
Read more »
Keputusan pemilihan diharap jadi langkah kebangkitan semula Umno, kata Zahid | The Malaysian InsightBeliau menegaskan demokrasi dalam Umno terus subur dengan memperlihatkan ramai calon menawarkan diri.
Read more »