GWM Haval Jolion Hybrid 2023 dikesan di M'sia - SUV segmen-B dengan 1.5T, 7DCT; dilancar tidak lama lagi? - paultan.org

Malaysia News News

GWM Haval Jolion Hybrid 2023 dikesan di M'sia - SUV segmen-B dengan 1.5T, 7DCT; dilancar tidak lama lagi? - paultan.org
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 58 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 51%

GWM Haval Jolion Hybrid 2023 dikesan di M’sia – SUV segmen-B dengan 1.5T, 7DCT; dilancar tidak lama lagi?

Dan sekali lagi, SUV segmen-B Jolion dikesan di Malaysia, bagai memberi petanda ia bersedia untuk dilancarkan. Unit berwarna biru tanpa balutan penyamaran ini kelihatannya ada lencana ‘HEV’ menandakan ia adalah janaan hibrid, berbanding model yang pernah dikesan sebelum ini dengan warna putih dan tanpa lencana tersebut.

Untuk makluman, Jolion Hybrid telah pun diperkenalkan di peringkat global di Thailand pada November tahun lalu. Bagi spesifikasinya, SUV ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder petrol yang dipadankan bersama transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan dengan motor elektrik. Jumlah keseluruhan kuasa yang terhasil mencapai 190 hp dan tork 375 Nm.

Bagi pandangan visualnya, varian hibrid dibezakan dari model bukan-hibrid berdasarkan kemasan gril dan serlahan biru pada lampu utamanya. Ciri lain masih kelihatan mirip. SUV ini juga didatangkan dengan roda 18-inci,kulit, pendingin hawa automatik , kluster instrumen tujuh-inci dan sistem infotainmen skrin sesentuh 10.25-inci.

Di Thailand, Jolion Hybrid didatangkan dengan kelengkapan standard termasuk enam beg udara, kawalan kestabilan dan sistem bantuan pemandu yang merangkumi brek kecemasan sendiri, kawalan kelajuan adaptif dengan fungsi, bantuan pemusatan lorong, pemantauan titik buta, amaran pelanggaran belakang, kepekaan trafik lintasan belakang dan brek, bantuan mengundur dan bantuan parkir untuk letak kereta secara selari, menegak atau pun pepenjuru .

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

paultan /  🏆 22. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Mekar JPN sedia digerakkan ketika banjirMekar JPN sedia digerakkan ketika banjir'Di Langkawi semalam banjir besar, ada dokumen yang hilang, jadi, itulah gunanya program Mekar ini untuk memastikan bahawa mereka dapat gantian MyKad dan mereka berpeluang untuk mengundi,'
Read more »

Nenek 90 tahun diculik, samun ketika menyapu depan rumahNenek 90 tahun diculik, samun ketika menyapu depan rumahGelang emas dan sejumlah wang tunai dikebas empat penculik dalam kejadian itu
Read more »

Pemandu lori guna telefon bimbit ketika memandu dikompaunPemandu lori guna telefon bimbit ketika memandu dikompaun'Penguatkuasaan itu dibuat secara berfokus iaitu terhadap kesalahan di bawah Subkaedah 17 A(1) Kaedah-kaedah Lalu-lintas Jalan 1959, iaitu penggunaan telefon bimbit semasa memandu.
Read more »

Patuhi SOP ceramah, perhimpunan - Hamzah ZainudinPatuhi SOP ceramah, perhimpunan - Hamzah ZainudinParti-parti politik ketika ini giat menganjurkan ceramah dan perhimpunan sebagai persediaan menjelang PRU15.
Read more »

PRU15 tepat bina kerajaan yang stabil, kukuh, kata Annuar | The Malaysian InsightPRU15 tepat bina kerajaan yang stabil, kukuh, kata Annuar | The Malaysian InsightKatanya, meskipun kerajaan ketika ini stabil namun bukan kerajaan yang mendapat mandat rakyat pada PRU14.
Read more »



Render Time: 2025-02-22 09:48:11