BERITA Jenayah Guru rugi RM137,000 terpedaya panggilan anggota polis palsu
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 36 tahun itu mendakwa dihubungi suspek yang menyamar sebagai polis dari Bukit Aman pada tarikh berkenaan.“Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu telah diarahkan untuk memindahkan semua wang dimilikinya ke satu akaun bank untuk memudahkan proses siasatan.
“Suspek juga memberitahu mangsa bahawa dia juga mempunyai waran tangkap. Mangsa yang bimbang akan dikenakan tindakan tegas mengikut arahan diberikan suspek dan memindahkan wang seperti diarahkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Jelasnya, tidak cukup dengan arahan tersebut, mangsa juga membuat pinjaman peribadi berjumlah RM130,000.
“Pinjaman tersebut adalah yang diarahkan suspek dan meminta memindahkan wang itu ke akaun terbabit. Mangsa hanya menyedari ditipu selepas semua wang dalam akaun itu lesap dan membuat laporan polis. Laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
Sementara itu, tambah beliau, orang ramai terus dinasihatkan supaya lebih berwaspada dengan pelbagai taktik dilakukan sindiket penipuan. Katanya, orang ramai perlu menghubungi pihak berkuasa sekiranya menerima panggilan mencurigakan. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Chinese Caught 'Robbing' Prince of Wales Off Kuantan Waters | TRPChuan Hong 68 is also wanted by Indonesian authorities for plundering the remains of sunken Dutch warships.
Read more »
Cadangan naik gaji guru berkelayakan tinggi ditelitiBERITA Komuniti Cadangan naik gaji guru berkelayakan tinggi diteliti
Read more »