Guru besar didakwa lakukan pecah amanah babitkan RM2,000 - Utusan Digital

Malaysia News News

Guru besar didakwa lakukan pecah amanah babitkan RM2,000 - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Aminah selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kunak 2 didakwa atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah iaitu meluluskan pembayaran sebanyak RM2,000 kepada Syarikat JS Enterprise pada 14 Februari dan 8 Mac 2018 bagi pembekalan kokurikulum dan…

TAWAU: Guru besar dan seorang pengurus syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah di Mahkamah Khas Rasuah hari ini. Tertuduh, Aminah Pilie,52, yang merupakan seorang guru besar dan Pengurus Syarikat JS Enterprise, Mohammad Noorazrin Jufrey,27, membuat pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah dan bersubahat bagi melakukan jenayah pecah amanah di hadapan Hakim, Abu Bakar Manat.

Aminah selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kunak 2 didakwa atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah iaitu meluluskan pembayaran sebanyak RM2,000 kepada Syarikat JS Enterprise pada 14 Februari dan 8 Mac 2018 bagi pembekalan kokurikulum dan pembelian Lain Perbelanjaan Berulang Tahunan sekolah walhal kedua-dua pembekalan itu tidak dilaksanakan. Sementara itu, Mohammad Noorazrin pula didakwa bagi dua pertuduhan bersubahat dengan Aminah pada tarikh yang sama bagi melakukan kegiatan jenayah pecah amanah membabitkan wang sejumlah RM2,000. Justeru itu, Aminah didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala, Mohammad Noorazrin didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun yang sama. Mengikut kedua-dua seksyen itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda. Hakim kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM10,000 dan deposit RM4,000 setiap seorang.Kedua-dua tertuduh juga diarah melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam tempoh dua bulan sekali dan pasport antarabangsa hendaklah diserahkan kepada mahkamah.Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala, Aminah tidak diwakili peguam dan Mohammad Noorazrin pula diwakili peguam daripada Shamsudin & Associates. -UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Besi naik RM2,800 setan kepada RM4,000 setan - Utusan DigitalBesi naik RM2,800 setan kepada RM4,000 setan - Utusan DigitalBesi naik RM2,800 setan kepada RM4,000 setan
Read more »

Guru tadika rugi RM69,030 tertipu beli kucing dalam talianGuru tadika rugi RM69,030 tertipu beli kucing dalam talianHasrat seorang guru tadika untuk membeli seekor kucing jenis Scottish secara dalam talian tidak kesampaian malahan terpaksa tanggung kerugian RM69,030.
Read more »

Sarawak govt consents to Adenan Satem chair in UPM focusing on Borneo ethnic research, pumps in RM2.54m as initial funding | Malay MailSarawak govt consents to Adenan Satem chair in UPM focusing on Borneo ethnic research, pumps in RM2.54m as initial funding | Malay MailKUCHING, Oct 27 — The Sarawak government today consented to establishing a chair at the Bintulu campus of Universiti Putra Malaysia named after former chief minister, the late Tan Sri Adenan Satem Chair. The memorandum of agreement was formalised and witnessed today by Adenan’s successor Datuk...
Read more »

New varsity chair in honour of late S'wak CM Adenan gets RM2.54mil from state for cultural heritage researchNew varsity chair in honour of late S'wak CM Adenan gets RM2.54mil from state for cultural heritage researchKUCHING: The Sarawak government is allocating RM2.54mil in research funding to the new Pehin Sri Adenan Satem Chair at Universiti Putra Malaysia's (UPM) Bintulu campus.
Read more »



Render Time: 2026-05-08 11:05:50