Menghamburkan pujian kepada persembahan pemainnya selepas menundukkan West Ham 1-0
City mendominasi perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad malah mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun mereka hanya berjaya menembusi gawang pada minit ke-59 menerusi penalti Sergio Aguero selepas Felipe Anderson mengasari Bernardo Silva.
Kemenangan tersebut membolehkan penyandang juara, City berada di kedudukan kedua dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang The Reds yang membelasah Watford 5-0.“Jika kami menjaringkan satu atau dua gol dalam lima minit permainan, pasti corak permainan berubah namun kami tetap bermain dengan baik.
“Bermula babak kedua, kami bermain lebih baik cuma kami tidak menjaringkan banyak gol dan ketika 20 minit terakhir permainan menjadi lebih tenang. “Kami berjuang untuk kekal rapat dengan Liverpool. Keputusan sepatutnya lebih baik namun kami bermain dengan menakjubkan,” katanya. - AFP