Hampir 15 individu dipercayai ahli keluarga kepada tertuduh-tertuduh berkait GISBH dihalang daripada memasuki pekarangan mahkamah.
SELAYANG: Hampir 15 individu dipercayai ahli keluarga kepada tertuduh-tertuduh berkait GISB Holdings Sdn. Bhd. dihalang daripada memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Selayang, di sini hari ini.Kira-kira pukul 9.30 pagi, dua trak polis dengan diiringi lebih 20 anggota polis yang mana ada di antaranya lengkap bersenjata dan memakai vest kalis peluru tiba di mahkamah.
Ahli-ahli keluarga yang berkumpul di luar pagar mahkamah dilihat melambai-lambaikan tangan mereka ke arah kenderaan terbabit. Seramai 22 tertuduh yang didakwa atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan masing-masing dan dibawa masuk ke mahkamah dalam keadaan bergari antara satu sama lain.
Prosiding yang mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan lancar kecuali pada satu ketika, salah seorang tertuduh wanita dilihat batuk tanpa henti dan hampir muntah sebelum diberikan air oleh polis mahkamah yang bertugas. Pertuduhan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, dan isterinya, Datin Azura Md. Yusof dan anak kepada pengasas Pertubuhan Al-Arqam, Asa’ari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tarmizi serta 17 individu lain dibacakan secara berasingan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
GISBH tidak pernah bayar zakat kepada LZSGISBH tidak pernah bayar zakat kepada LZS GISBH tidak pernah bayar zakat kepada LZS
Read more »
GISBH: Police investigate possibility of GISBH charity home children watching militant videoKUALA LUMPUR: The investigation into GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) has now entered another new phase as police investigate the possibility that childr...
Read more »
Nasiruddin, pengurusan tertinggi GISBH tiba di Mahkamah Selayang bedepan tuduhan terlibat Kumpulan Jenayah TerancangNasiruddin, pengurusan tertinggi GISBH tiba di Mahkamah Selayang bedepan tuduhan terlibat Kumpulan Jenayah Terancang
Read more »
Nasiruddin, pengurusan tertinggi GISBH tiba di Mahkamah Selayang berdepan tuduhan terlibat Kumpulan Jenayah TerancangNasiruddin Mohd. Ali dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu menjadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang.
Read more »
GISBH: Mahkamah benar jaminan bon terhadap pengetua, timbalan pengetua madrasahSEREMBAN: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan bon jaminan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ter...
Read more »
CEO GISBH tiba di mahkamah untuk sambung remanSHAH ALAM: Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali tiba di Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan sambung reman.
Read more »