Beyond the Breaking News

Geng Pusak Merah terlibat jenayah terancang tumpas, 23 didakwa hari ini

United States News News

Geng Pusak Merah terlibat jenayah terancang tumpas, 23 didakwa hari ini
United States Latest News,United States Headlines

Polis melumpuhkan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Pusak Merah’ yang dianggotai penjenayah berulang dan aktif melakukan pelbagai jenayah kekerasan di sekitar Sarawak sejak 2020 dengan penahanan 23 individu.

KUALA LUMPUR : Polis melumpuhkan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Pusak Merah’ yang dianggotai penjenayah berulang dan aktif melakukan pelbagai jenayah kekerasan di sekitar Sarawak sejak 2020 dengan penahanan 23 individu.

Operasi khas menerusi Op Pusak Merah itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama JSJ Kontinjen Sarawak pada 19 April hingga 23 April lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kumpulan berkenaan aktif melakukan jenayah kekerasan terutama membabitkan rompakan sehingga membabitkan kecederaan, khianat dengan api, menyebabkan kecederaan parah, rusuhan bersenjata dan pemerasan.

Katanya, kumpulan yang diketuai lelaki warga tempatan berusia 41 tahun itu mempunyai seramai 26 ahli berusia antara 19 hingga 44 tahun yang terdiri daripada penjenayah berulang.

“Seramai 23 suspek warga tempatan sudah ditahan dan mereka direman mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012 sehingga Isnin depan. “Turut dirampas selaras senjata api jenis pump gun, sejumlah peluru 12 bore pelbagai jenama dan masing-masing dua pedang samurai serta parang panjang dalam operasi itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Menurutnya, pihaknya sudah mengenalpasti tiga identiti ahli kumpulan berkenaan yang masih bebas dan kini usaha mengesan ketiga-tiga individu itu sedang giat dilakukan.

“Semua tangkapan itu mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau seperti bunuh, rompak berkumpulan, khianat dengan api, menyebabkan kecederaan, ugutan jenayah dan pecah rumah. “Selain itu, curi dalam bangunan, curi kenderaan, membuat laporan palsu, menjalankan kegiatan rumah judi terbuka, memiliki barangan curi dan pengedaran dadah,” jelasnya. Mengulas lanjut, Kumar berkata, modus operandi kumpulan itu ialah melakukan pemerasan bagi tujuan mendapatkan wang perlindungan, serangan ke atas premis yang gagal membayar wang berkenaan.

Katanya, selain itu mereka membuat ugutan jenayah serta mencederakan pihak yang enggan menuruti kemahuan kumpulan itu dan melakukan jenayah serius untuk memperluaskan kuasa, pengaruh dan mendapatkan faedah material untuk kumpulan.

“Penahanan ahli kumpulan itu berjaya menyelesaikan 25 kes sekali gus melumpuhkan satu sindiket jenayah kekerasan yang aktif di sekitar Sarawak,” jelasnya. Beliau berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada pejabat Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara pada Isnin lalu dan bersetuju untuk pertuduhan terhadap 26 ahli kumpulan berkenaan termasuk tiga yang masih bebas mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak pada 2.30 petang, hari ini,” katanya. Dalam pada itu, Kumar berkata, JSJ Bukit Aman berjaya melumpuhkan enam kumpulan jenayah terancang dengan 81 suspek sudah dituduh di mahkamah sejak Ogos tahun lalu. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sindikate Momok', Anggota Polis 'Mr A' Termasuk dalam Kartel Ekstrasi di LangkawiSindikate Momok', Anggota Polis 'Mr A' Termasuk dalam Kartel Ekstrasi di LangkawiThe article discusses a drug ring operated by a senior police officer known as 'Mr A' in Langkawi, targeting youth. The ring sold ecstasy pills (RM50 per piece), ketamine (RM100 per piece), and crystal meth (RM50 per piece) in nightspots and bars.
Read more »

Pegawai polis dipercayai terlibat pengedaran dadah di LangkawiPegawai polis dipercayai terlibat pengedaran dadah di LangkawiPolis menahan 191 individu termasuk ‘dalang’ pengedar dadah di Pulau Langkawi melalui ‘Op Langka’ bagi membanteras sindiket pengedaran dadah di pulau berkenaan.
Read more »

Polis Diraja Malaysia Menyelidiki kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir PutehPolis Diraja Malaysia Menyelidiki kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir PutehPolis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menghina sahabat Nabi ketika menyampaikan ceramah politik di Terengganu minggu lalu. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut sebelum siasatan serta tindakan lanjut dilakukan.
Read more »

Polis buru lelaki warga asing ceroboh, ganggu murid sekolah di ArauPolis buru lelaki warga asing ceroboh, ganggu murid sekolah di ArauPolis buru lelaki warga asing ceroboh, ganggu murid sekolah di Arau
Read more »



Render Time: 2026-06-11 23:21:36