kualalumpur Kegiatan tiga kumpulan jenayah terancang penyeludupan migran dan samun berkawan di Johor, Perak dan Pulau Pinang didalangi warga tempatan, Indonesia dan etnik Rohingya tumpas susulan satu operasi khas jenayah terancang dijalankan polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Geng Otong di Johor, Geng Halim, Perak dan Geng Husen Maungdaw di Pulau Pinang dapat ditumpaskan secara keseluruhan dengan penahanan ketua mereka termasuk ahlinya dalam operasi khas itu.
"Selain dari itu operasi ini juga selaras dengan dasar kerajaan untuk mengawal sempadan dari dibolosi oleh warga asing bagi menghalang sepenuhnya penularan wabak Covid-19 yang berpunca dari kes import," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini. "Geng Halim pula didapati bergiat aktif dalam melakukan jenayah penyeludupan migran sejak 2017 sehingga kini yang diketuai lelaki tempatan dikenali Halim dengan jumlah ahli melebihi 17 orang," katanya."Geng Husen Maungdaw pula didapati bergiat aktif dalam melakukan jenayah penyeludupan migran dan samun sejak dari 2014 sehingga kini diketuai lelaki etnik Rohingya yang dikenali dengan nama panggilan Husen Maungdaw.
Huzir berkata, ketua dan ahli kumpulan ini pernah beberapa kali ditahan atas kesalahan jenayah penyeludupan migran dan samun serta ada juga dituduh di mahkamah. Katanya, hasil operasi di ketiga-tiga kontinjen menahan seramai 111 suspek berusia 28 sehingga 68 tahun bagi membantu siasatan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Iconic '2001: A Space Odyssey' suit to hit auction blockThe elusive '2001: A Space Odyssey' spacesuit believed to have been worn by Dr. David Bowman when he 'killed' HAL in the groundbreaking 1968 film goes on the auction block next month.
Read more »