Gelombang penolakan pengundi punca parti tidak peroleh majoriti di Pahang
Perikatan Nasional memenangi paling banyak kerusi DUN di Pahang iaitu 17 kerusi berbanding BN 16 dan PH 8.
Berdasarkan keputusan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya awal pagi tadi, BN memperoleh 16 kerusi Dewan Undangan Negeri , ketinggalan satu kerusi di belakang Perikatan Nasional , yang mendapat 17 kerusi manakala Pakatan Harapan hanya menang di lapan kerusi. Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, tidak menolak kemungkinan usaha PN menjaga peneroka dalam tempoh singkat ketika Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bergelar perdana menteri, menjadi faktor kepada ‘peralihan’ golongan peneroka kepada PN.
“Ini menyebabkan pengundi melihat PN sebagai parti yang lebih selamat, untuk dijadikan alternatif kepada BN untuk terus menjaga kepentingan Melayu dan Islam, berbanding PH,” katanya. “Pemilihan calon juga boleh menjadi faktor kepada kekalahan BN membentuk kerajaan negeri. Mereka memandang rendah kekuatan calon yang diletakkan, sedangkan calon boleh menang yang lazimnya orang lama sudah mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri,” katanya.
Sehubungan itu, pemilihan Umno selaku salah satu komponen parti BN, yang perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya semalam, menjadi medan terbaik untuk membuat pembersihan dari dalam parti, dengan menukar kepimpinan yang menjadi ‘beban’ kepada parti, selain mengetengahkan orang muda.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Shahidan pencetus gelombang kemenangan PN di Perlis | The Malaysian InsightPN Perlis berjaya membentuk kerajaan negeri setelah memperoleh majoriti undi melebihi 50 peratus.
Read more »
Perikatan rampas kerusi kritikal BN di Pahang | The Malaysian InsightAngka rasmi menunjukkan Perikatan meluaskan pengaruhnya di Pahang melalui PAS.
Read more »
Kerajaan Pahang tergantung | The Malaysian InsightBuat julung kali dalam sejarah tiada parti peroleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Read more »
Bomba Pahang bantu 260 penduduk kampung terkandas banjir keluar mengundi | The Malaysian InsightMereka dibawa keluar menggunakan bot secara berperingkat selepas jambatan di laluan utama kampung itu terjejas akibat banjir.
Read more »
Perikatan rampas Pahang | The Malaysian InsightGabungan itu menang mudah dengan kuasai 17 dari 41 kerusi DUN Pahang, selain enam kerusi Parlimen.
Read more »
Pahang elections result in hung assembly | The Malaysian InsightPahang elections result in hung assembly
Read more »