ipoh Enam daripada 39 mangsa yang terhidu gas metana dipercayai dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, semalam, diberi rawatan rapi secara elektif intubasi, iaitu membersihkan paru-paru mereka daripada gas toksik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam mangsa itu ketika ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail , Johor Bahru, dan berada dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah, mereka masih dalam keadaan yang baik, yang tiga lagi mangsa hanya perhatian khusus saja dalam ICU, tapi belum buat intubasi lagi,” katanya. Dr Noor Hisham berkata, setakat ini 30 mangsa masih ditempatkan dalam wad di hospital berkenaan, manakala tiga orang sudah dibenarkan pulang pagi tadi.
Katanya, daripada 36 pesakit yang sedang dirawat itu, dua daripadanya adalah kanak-kanak, lapan murid sekolah rendah, 13 pelajar sekolah menengah dan 13 orang dewasa.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
39 mangsa terhidu gas kimia masih dirawat di HSIJOHOR BAHRU 8 Mac - Seramai 39 mangsa terhidu sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang semalam masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
Read more »
Terima enam jahitan ditumbuk pemandu Grabcarsungaibuloh “Bagaimanapun, pemandu terbabit memaklumkan tiada baki dan terus memarahi serta menumbuk mangsa sebelum beredar,” kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.
Read more »
Projek terowong dasar laut : SPRM buka enam kertas siasatanSPRM dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari tahun lalu. utusanmalaysia utusanonline
Read more »
Reman pengawal disambung enam hariportdickson Polis menyambung reman enam hari ke atas pengawal keselamatan dipercayai merogol seorang remaja perempuan yang juga adik angkatnya di sebuah hotel di Telok Kemang, di Port Dickson, pada 21 Februari lalu.
Read more »
Bakal guru dijel liwat murid Tahun Enamkualaterengganu Bakal guru pendidikan seni dan visual dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana meliwat murid Tahun Enam.
Read more »
Enam lokasi dijangka sesak hari mengundi PRK Semenyih esokAntara laluan dikenalpasti ialah di tiga lampu isyarat di Bandar Sunway, Paling Jaya serta Sg Lalang, selain laluan ke Pekan Semenyih, Batu 26 Beranang dan Bandar Rinching UtusanOnline UtusanMalaysia BeritaUtusan
Read more »
[VIDEO] Siasat dari mana sisa kimia dibuang - ExcoPASIR GUDANG 7 Mac - Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bomba akan bekerjasama menyiasat punca pembuangan sisa kimia dalam Sungai Kim Kim di sini hingga mengakibatkan pencemaran teruk.
Read more »