Beyond the Breaking News

Gas Malaysia terajui hab grafen ASEAN, perkenal sistem pertama Asia Pasifik

Malaysia News News

Gas Malaysia terajui hab grafen ASEAN, perkenal sistem pertama Asia Pasifik
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) mencatatkan satu pencapaian besar dalam perjalanan transformasinya menerusi pengenalan sistem penukaran metana kepada grafen yang pertama di Asia Pasifik, sekali gus meletakkan Malaysia di barisan hadapan inovasi bahan termaju serantau.

KUALA LUMPUR: Gas Malaysia Berhad mencatatkan satu pencapaian besar dalam perjalanan transformasinya menerusi pengenalan sistem penukaran metana kepada grafen yang pertama di Asia Pasifik, sekali gus meletakkan Malaysia di barisan hadapan inovasi bahan termaju serantau.

Langkah penembusan itu memperkukuh transformasi Gas Malaysia di bawah strategi pertumbuhan GM32 syarikat, yang menyaksikan evolusinya melangkaui peranan tradisional sebagai pengedar gas kepada pembekal penyelesaian bernilai tinggi serta pembina ekosistem bahan termaju. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi , Datuk Chang Lih Kang berkata, inisiatif yang diterajui oleh Gas Malaysia bersama rakan kongsinya ini merupakan contoh terbaik inovasi dipacu industri yang sangat diperlukan oleh negara ketika ini.

Menurut beliau, usaha tersebut amat penting kerana ia membuktikan bagaimana sumber asli dan berasaskan biojisim Malaysia boleh dinaik taraf kepada pengeluaran yang mempunyai nilai rantaian yang jauh lebih tinggi.

“Daripada melayan metana sekadar bahan api atau punca pelepasan emisi, ia kini boleh ditukarkan melalui proses pirolisis hidrogen yang dipatenkan secara tempatan untuk menghasilkan grafen bagi menyokong aplikasi industri bernilai tinggi. “Malah, jika metana daripada sumber bahan api fosil digunakan, proses ini boleh ditafsirkan sebagai mekanisme penangkapan, pemanfaatan dan penyimpanan karbon , sekali gus menyokong agenda tenaga bersih negara,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran rasmi “Merevolusikan Industri dengan Graphene” di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, status Malaysia kini kekal sebagai satu-satunya negara di ASEAN yang mempunyai program grafen di peringkat nasional, sekali gus meletakkan negara sebagai peneraju serantau dalam pembangunan aplikasi, penerimaan industri dan pengomersialan grafen.

“Sehingga kini, usaha ini telah menyumbang kepada portfolio harta intelek berkaitan grafen yang kian berkembang, merangkumi 92 pendaftaran IP dan 16 paten yang telah diluluskan. Ini membuktikan kemajuan Malaysia dalam menterjemahkan penyelidikan dan pembangunan grafen kepada teknologi komersial yang dilindungi,”katanya. Tambahnya, di bawah gagasan Malaysia Madani, aspirasi kerajaan adalah jelas untuk membina ekonomi bernilai tinggi, inklusif, mampan, dan dipacu inovasi yang bergerak ke atas rantaian nilai bagi membolehkan industri tempatan bersaing di peringkat global.

Sementara itu, Pengerusi Gas Malaysia, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, penemuan grafen merupakan kemuncak kepada usaha saintifik selama lebih 100 tahun dan kekal menjadi antara bahan yang paling hebat dikaji di dunia sehingga membuka bidang baharu dalam sains bahan.

“Dikenali dengan kekuatan bahan yang luar biasa, kekonduksian haba dan elektrik yang cemerlang, fleksibiliti tinggi serta kelebihan ringan, ia sering digambarkan sebagai salah satu ‘bahan super’ abad ke-21. “Antara aplikasi grafen yang sedang dibangunkan termasuk semikonduktor, elektronik, bateri berprestasi tinggi, super kapasitor, membran penapisan, sensor perubatan dan komposit aeroangkasa,” katanya.

Wan Zulkiflee berkata, syarikat menyasarkan untuk membina ekosistem grafen yang komprehensif di Malaysia kerana percaya nilai sebenar akan terhasil daripada langkah penerimaan, integrasi dan pengokmersialan teknologi tersebut secara meluas, bukan sekadar inovasi semata-mata.

“Hari ini, sebahagian daripada visi itu menjadi kenyataan. Daripada metana kepada grafen, kami kini bukan sekadar menghantar gas kepada industri, malah memulakan usaha untuk membentuk semula industri berkaitan menerusi inovasi,” tambahnya. Sistem baharu yang dibangunkan dengan kerjasama Levidian yang berpangkalan di United Kingdom itu menggunakan teknologi LOOP yang menukarkan metana kepada grafen berkualiti tinggi dan gas kaya hidrogen melalui infrastruktur gas sedia ada.

Menerusi platform “Merevolusikan Industri dengan Graphene” ini, Gas Malaysia membolehkan pemain industri tempatan termasuk syarikat pemula, Industri Kecil dan Sederhana dan korporat besar untuk menguji, mengesahkan dan membangunkan bersama aplikasi berasaskan grafen merentasi sektor pembuatan, infrastruktur serta tenaga. –

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Southeast Asia stocks rise as trading resumes; South Korean equities retreat from peakSoutheast Asia stocks rise as trading resumes; South Korean equities retreat from peakKOTA KINABALU: Sabah police are believed to have crippled an online scam syndicate with the arrest of 57 suspects comprising mainly China nationals from a hotel in Labuan on Monday (June 1).
Read more »

GIC-backed Asia Healthcare eyes IPO within 12-18 months, cautious on market volatilityGIC-backed Asia Healthcare eyes IPO within 12-18 months, cautious on market volatilityJune ⁠2 (Reuters) - Marvell Technology's ⁠shares surged more than ‌24% in premarket trading on Tuesday after ​Nvidia CEO Jensen ⁠Huang called ⁠the chipmaker the next 'trillion-dollar ⁠company.'
Read more »

Malaysia U-18 Hockey Team Wins 3-0 Against China in Piala Asia B-18Malaysia U-18 Hockey Team Wins 3-0 Against China in Piala Asia B-18The Malaysian U-18 hockey team won 3-0 against China in their final match of Group B, securing a spot in the semi-finals of the Piala Asia B-18 in Kakamigahara, Japan.
Read more »

Malaysia Prioritizes Cleaner, Smarter Energy Ecosystem Under 13th Malaysia PlanMalaysia Prioritizes Cleaner, Smarter Energy Ecosystem Under 13th Malaysia PlanDeputy Economy Minister highlights grid modernization, renewable integration, AI, and regional power connectivity as pillars of the nation's energy transition roadmap and economic transformation.
Read more »



Render Time: 2026-07-20 18:59:21